• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Yoodo bagi 3GB data percuma kerana gangguan rangkaian sebelum ini

  • OLEH Najib
  • 1:03 pm
  • 21/03/2019
  • Komen
Yoodo bagi 3GB data percuma kerana gangguan rangkaian sebelum ini
Share on FacebookShare on Twitter

Pada pagi hari Isnin, 18 Mac 2019, semua pengguna Yoodo berhadapan dengan masalah rangkaian di mana ramai tidak dapat berhubung dengan menara pemancar, sekaligus kehilangan sambungan internet. Bagaimanapun, masalah pengguna tidak terhenti setakat itu.

Proses baik pulih rangkaian telah selesai pada tengah malam hari Selasa, 19 Mac 2019, hampir 24 jam dari masalah mula timbul. Semua pengguna telah dapat bersambung ke rangkaian dan menggunakan internet serta membuat panggilan.



Tetapi ada pengguna yang kehilangan akses ke aplikasi Yoodo. Lebih teruk lagi, ada yang dapat mendaftar masuk ke aplikasi, tetapi melihat kuota data, minit panggilan, sms dan kredit mereka hilang atau berkurangan.

Sedikit demi sedikit, Yoodo telah menyelesaikan masalah kehilangan ini dan meminta pengguna yang masih tidak dapat melihat kuota mereka yang sepatutnya, untuk menghubungi khidmat pelanggan Yoodo.



Yoodo mengakui semua masalah yang berlaku ini dan dengan rasa tanggungjawab, mengumumkan pemberian 3GB data percuma kepada pengguna sebagai ganti rugi. Memandangkan kitaran bil pengguna adalah berbeza dan mungkin ada yang hampir ke penghujung, 3GB data percuma ini akan dimasukkan ke dalam kitaran bil pengguna yang akan datang, bukan sekarang.

3GB data percuma ini akan dimasukkan secara automatik ke dalam kuota pengguna di kitaran bil akan datang. Tiada sebarang pengaktifan diperlukan.

Langkah Yoodo memberi pampasan kepada pengguna di atas masalah rangkaian harus dipuji. Ini kerana kebanyakan syarikat telekomunikasi lain, bukan sahaja tidak mengakui masalah yang berlaku, malah tidak menawarkan sebarang gantian kepada pengguna atas masalah tersebut.

Sebagai syarikat baru, Yoodo tidak putus-putus menawarkan pelbagai promosi kepada pengguna. Seperti data PUBG 20GB percuma dan data tambahan 3x lebih banyak dari biasa. Kedua-dua tawaran ini akan berakhir pada penghujung bulan April 2019.

Yoodo masih memberikan kad sim secara percuma dan ia datang bersama kredit RM20 juga percuma. Jika berminat untuk mendapatkan kad sim Yoodo, boleh mendaftar di sini.

Tags: yoodo
Najib

Najib

POPULAR

Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
Yoodo bagi 3GB data percuma kerana gangguan rangkaian sebelum ini

Yoodo bagi 3GB data percuma kerana gangguan rangkaian sebelum ini

21 March 2019
BUDI Madani Diesel: Subsidi RM2.10/L bermula 1 Julai, kuota 200L dikongsi bersama RON95

BUDI Madani Diesel: Subsidi RM2.10/L bermula 1 Julai, kuota 200L dikongsi bersama RON95

23 June 2026
Lenovo Tab Plus Gen 2: Tablet skrin 2.5K dengan 9 speaker JBL, bermula RM2,099

Lenovo Tab Plus Gen 2: Tablet skrin 2.5K dengan 9 speaker JBL, bermula RM2,099

24 June 2026
WhatsApp mula perkenalkan ciri ‘username’, ini cara tempah nama pilihan anda

WhatsApp mula perkenalkan ciri ‘username’, ini cara tempah nama pilihan anda

30 June 2026
LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

29 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN