• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Unifi mula aktifkan rangkaian pra-5G TDD pertama di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 5:03 pm
  • 26/03/2019
  • Komen
Unifi mula aktifkan rangkaian pra-5G TDD pertama di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Unifi hari ini mengadakan majlis #khabarbaik 2.0 di mana mereka mengumumkan pelaksanaan rangkaian pra-5G TDD pertama di Malaysia. Rangkaian ini menggunakan teknologi Massive MIMO, memberikan kelajuan sehingga 500Mbps, dua kali lebih laju dari yang ditawarkan rangkaian 4G.

Setiawalk, Puchong menjadi lokasi pertama rangkaian pra-5G ini dipasang. Untuk menarik minat orang ramai, Unifi menawarkan kuota 2x ganda kepada pelanggan Unifi Wireless Broadband. Peluasan ke lokasi lain akan diumumkan kemudian.



Dari 7 hingga 30 April 2019, pengguna di Setiawalk Puchong akan menerima kuota sebanyak 120GB, berbanding 60GB jika melanggan pelan Unifi Wireless Broadband berharga RM79/bulan.

Kehebatan rangkaian pra-5G ini turut boleh dinikmati oleh pengguna Unifi Mobile yang memiliki peranti dengan teknologi rangkaian Massive MIMO.



Langkah ini dilihat sebagai salah satu penyelesaian kepada pengguna Streamyx serta lokasi yang tidak boleh dipasang gentian optik. Pemasangan menara pemancar berkelajuan tinggi adalah cara yang lebih mudah dan efektif di masa depan.

Di samping itu, Unifi turut mengumumkan program rujukan di mana pengguna unifi boleh menerima baucar Shopee jika merujuk rakan atau keluarga mereka mendaftar mana-mana produk Unifi.

Tags: 5gUnifi
Najib

Najib

POPULAR

Unifi mula aktifkan rangkaian pra-5G TDD pertama di Malaysia

Unifi mula aktifkan rangkaian pra-5G TDD pertama di Malaysia

26 March 2019
Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

11 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
RHB Bank jadi bank pertama di Malaysia sokong DuitNow Pay untuk pembayaran dalam talian dan berulang

RHB Bank jadi bank pertama di Malaysia sokong DuitNow Pay untuk pembayaran dalam talian dan berulang

12 November 2026
RedMagic 12 Pro Malaysia: Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, skrin 185Hz dari RM3,999

RedMagic 12 Pro Malaysia: Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, skrin 185Hz dari RM3,999

10 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN