Media sosial kini sedang dipenuhi dengan aduan dari pengguna U Mobile yang menyatakan ketiadaan talian atau sambungan internet yang sangat perlahan. Perkara ini nampaknya telah diperakui oleh pihak U Mobile sendiri.
Berdasarkan semakan, terdapat gangguan di kawasan Wilayah Tengah pada masa ini. Kami telah menghantar laporan pada jabatan berkaitan dan pihak tersebut sedang menjalankan siasatan . Mohon maaf diatas kesulitan yang anda hadapi ketika ini. TK
— U Mobile (@umobile) March 26, 2019
Dalam satu balasan ciapan kepada aduan pengguna pukul 4.06 petang tadi, U Mobile menyatakan terdapat gangguan di kawasan Wilayah Tengah. Sehingga sekarang pukul 7 malam, U Mobile masih membalas aduan orang ramai dengan jawapan, kerja pembaikpulihan sedang giat dijalankan.
Hai DarksoulWakaka, harap maklum bahawa kerja pembaikpulihan sedang giat dijalankan pada ketika ini. Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dihadapi. Terima kasih
— U Mobile (@umobile) March 26, 2019
Dalam satu balasan lain, U Mobile meminta pengguna yang berhadapan dengan masalah rangkaian untuk merestart peranti mereka dan memantau semula prestasi.
Hai J🔗, Kami sedar akan isu ini dan kerja pembaikpulihan sedang giat dijalankan.
Sementara itu, kami hargai jika boleh “restart” peranti anda dan pantau prestasinya.
Segala kesulitan amatlah dikesali. 🙏🙏— U Mobile (@umobile) March 26, 2019
Adakah anda pengguna U Mobile yang masih bermasalah? Sudahkah anda cuba merestart telefon anda dan adakah masalah tersebut selesai?
Di Facebook, U Mobile baru memuat naik status mengatakan masalah rangkaian ini akan pulih sepenuhnya pada pukul 10 malam ini. Sementara itu, boleh ikuti media sosial U Mobile untuk maklumat terkini berkenaan baik pulih rangkaian.
Minggu lepas, Yoodo turut berhadapan dengan masalah rangkaian dan kemudiannya menawarkan data 3GB sebagai tanda minta maaf kepada pengguna. Mungkin ia satu contoh yang baik untuk U Mobile ikuti kelak. Tapi sebelum tu, kena perbaiki dulu masalah rangkaian ni.