• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Harga Honor 10 Lite pula dikurangkan untuk memberi laluan

  • OLEH Najib
  • 7:51 pm
  • 01/04/2019
  • Komen
Harga Honor 10 Lite pula dikurangkan untuk memberi laluan
Share on FacebookShare on Twitter

Honor baru mengumumkan ketibaan Honor 8C ke Malaysia minggu lepas, dan berhasrat mahu memperkenalkan Honor 10i, telefon dengan tiga kamera belakang tidak lama lagi. Untuk memberi laluan kepada model baru, Honor telah menurunkan harga beberapa model lama dan kini, giliran Honor 10i.

Honor 10 Lite yang digelar pakar swafoto 24 jam kini menerima penurunan harga sehingga RM100. Dilancarkan pada awal tahun ini, Honor 10 Lite ditawarkan dalam dua jenis storan dengan harga baru iaitu:



  • Honor 10 Lite, RAM 3GB + storan 32GB – RM749 RM679
  • Honor 10 Lite, RAM 3GB + storan 64GB – RM799 RM699

Mengimbas kembali spesifikasinya, Honor 10 Lite boleh dikatakan seperti versi cilik Honor 8X. Skrinnya berbeza sedikit, kerana ia menggunakan takuk titisan air, dengan keluasan 6.21-inci HD Penuh+.

Kuasa di dalam Honor 10 Lite juga menyerupai Honor 8X, seperti penggunaan cip Kirin 710 berkuasa GPU Turbo, tetapi RAM dan storan lebih kecil. Ia dibekalkan RAM 3GB dan storan dalaman 32GB dan 64GB.



Kamera belakangnya dwi-lensa, gabungan lensa 13MP dan 2MP. Tetapi lensa lebih hebat untuk swafoto digunakan di kamera hadapan, dengan resolusi 24MP F2.0 berkuasa AI untuk ubahsuai gambar secara pintar.

Bateri Honor 10 Lite juga sedikit kecil, hanya 3,400mAh dan dicas melalui port mikroUSB, tanpa sokongan pengecasan pantas.

Tags: honorHonor 10 Lite
Najib

Najib

POPULAR

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

18 September 2025
eKYC sebelum 20 Disember 2024 atau akses TNG eWallet anda dihalang

BUDI95: Ini cara beli RON95 pada harga RM1.99/L guna TNG eWallet

23 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Harga Honor 10 Lite pula dikurangkan untuk memberi laluan

Harga Honor 10 Lite pula dikurangkan untuk memberi laluan

1 April 2019
Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

24 September 2025
Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

24 September 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER