• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Mi 9 akan datang dengan 2 jenis storan dan warna

  • OLEH Najib
  • 1:06 pm
  • 03/04/2019
  • Komen
Ulasan Awal Mi 9, Telefon Yang Menguji Kesetiaan Peminatnya
Share on FacebookShare on Twitter

Mi 9 akan dilancarkan menerusi strim Facebook Live malam ini, pukul 9 malam. Tetapi Lazada nampaknya telah memuat naik laman jualan Mi 9 yang memberikan beberapa petunjuk mengenainya.

Laman Mi 9 di Lazada tersebut merupakan senarai dari Stor Rasmi Xiaomi di Lazada. Walaupun harganya masih disembunyikan, ada beberapa maklumat boleh diperolehi. Terdapat 2 jenis storan boleh dipilih, antara 128GB dan 64GB. Selain itu, dua warna disenaraikan iaitu Hitam dan Biru.



Mi Malaysia masih belum mengumumkan harga rasmi Mi 9, malah mereka membuat pertandingan teka harga Mi 9 menjelang majlis Facebook Live mereka malam ini. Hadiah yang disediakan berupa Mi 9 Transparent Edition (12GB+256GB) yang tidak akan dijual di Malaysia.

Jika benar, maka Malaysia berpeluang untuk memiliki Mi 9 lebih murah dengan storan 64GB. Sebelum ini, DirectD telah memuat naik status mengatakan Mi 9 dengan storan 128GB akan dijual pada harga RM1,999.



Untuk perbandingan, Filipina telah mula menjual Mi 9 dengan storan 64GB berharga PHP22,990PHP (~RM1,790) manakala storan 128GB pula PHP24,990 (~RM1,946). Jika diselaraskan maklumat DirectD dan Filipina, kami jangkakan harga Mi 9 64GB di Malaysia ialah RM1,799.

Jangan lupa untuk menonton siaran langsung pelancaran Mi 9 menerusi Facebook Live Mi Malaysia di sini. Siaran akan bermula pukul 9 malam. Siap sedia juga untuk meneka harga Mi 9 semasa siaran langsung tersebut. Mana tahu rezeki anda untuk memiliki Mi 9 Transparent Edition.

[Sumber: SoyaCincau]

Tags: Mi 9xiaomi
Najib

Najib

POPULAR

Ulasan Awal Mi 9, Telefon Yang Menguji Kesetiaan Peminatnya

Mi 9 akan datang dengan 2 jenis storan dan warna

3 April 2019
Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

8 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

Acer Aspire Go 15 jawapan kepada MacBook Neo? Ini penjelasan Acer

9 June 2026
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN