fbpx

Menangi Mi 9 Transparent Edition dengan menonton majlis pelancaran Mi 9

Buat yang menanti ketibaan Mi 9, Xiaomi Malaysia kini menyatakan akan mengadakan majlis pelancarannya di Malaysia. Bagaimanapun, majlis pelancaran ini dibuat dalam talian sahaja, secara live stream menerusi Facebook Mi Malaysia.

Bukan itu sahaja, penonton majlis pelancaran ini berpeluang untuk memenangi Mi 9 Transparent Edition (RAM 12GB + 256GB). Edisi khas ini tidak akan dijual di Malaysia, bermakna pemenang ini nanti akan menjadi pemilik tunggal Mi 9 Transparent Edition.

Facebook Live untuk majlis pelancaran Mi 9 akan diadakan pada hari Rabu, 3 Mac 2019 bermula jam 9 malam. Ia boleh ditonton menerusi Facebook Mi Malaysia di pautan di sini.

Untuk memenangi Mi 9 Transpared Edition tadi, anda perlu menuruti langkah di bawah ini:

  1. Kongsi post Facebook Live pelancaran Mi 9 pada 3 April, dan tetapkannya ‘Public‘.
  2. Tag 3 orang kawan anda di komen bersama tangar #9iscoming
  3. Nantikan masa pemberitahuan untuk meneka harga Mi 9, dan tuliskan tekaan harga anda di komen pada strim Facebook Live tersebut. Tekaan dalam RM dan SGD diterima.
  4. Selepas dipilih sebagai pemenang, anda perlu merakam skrin strim Live tadi dan muat naik di Facebook anda dalam masa 2 minit, dan tetapkannya ‘Public‘.

Untuk perbandingan, Xiaomi Mi 9 dijual di China pada harga seperti berikut:

  • RAM 6GB + storan 128GB – RMB 2,999 (RM 1,815)
  • RAM 8GB + storan 128GB – RMB 3,299 (RM 1,996)
  • RAM 12GB + storan 256GB – RMB 3,999 (RM 2,420)

Manakala sebelum ini, DirectD pernah memuat naik status mengatakan Mi 9 akan dijual di Malaysia dengan harga bermula di bawah RM2,000. Harga ini untuk model RAM 6GB dan storan dalaman 128GB.

BACA  Tawaran minit akhir Raya dengan Wiko

Jika anda percayakan kami, rasanya ia akan dijual dengan harga RM1,999. Apa pula jangkaan anda?

Untuk mengenal kembali, Mi 9 ialah telefon pintar yang dikuasakan cip terbaru dan terbarik, Snapdragon 855. Ia menggunakan paparan AMOLED bertakuk kecil, berukuran 6.39-inci dengan resolusi HD Penuh+. Skrin ini dilapisi kaca Corning Gorilla Glass 6. Telefon ini juga memiliki pengimbas capjari di dalam skrin.

Bateri di dalamnya agak kecil, hanya 3,300mAh tetapi kini ia menyokong pengecasan wayarles pantas 20W. Ia turut menerima pengecasan pantas berwayar 27W melalui port USB-C.

Pasangan tiga kamera digunakan di belakang, menggabungkan lensa utama 48MP, lensa ultra lebar 16MP dan lensa teleforo 12MP. Lensa utama 48MP menggunakan sensor Sony IMX586. Manakala kamera hadapan dipasang lensa 20MP.

Kenali Mi 9 dengan lebih lanjut menerusi video kami di bawah ini.