• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Mi 9 berkuasa Snapdragon 855 tiba di Malaysia dengan harga kekal terendah

  • OLEH Najib
  • 7:53 am
  • 04/04/2019
  • Komen
Mi 9 berkuasa Snapdragon 855 tiba di Malaysia dengan harga kekal terendah
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas lama dinanti ketibaannya oleh peminat Xiaomi, akhirnya Mi 9 telah selamat dilancarkan di Malaysia. Peranti yang dikuasakan cip Snapdragon 855 ini diperkenal dengan harga jujur yang masih jauh lebih murah dari peranti flaghsip yang lain.

Mi 9 di Malaysia akan datang dalam dua jenis storan, 64GB dan 128GB. Untuk awal ini, hanya dua warna yang boleh dibeli iaitu biru dan hitam. Warna ungu dikatakan akan datang kemudian. Harga jualannya di Malaysia adalah seperti berikut:



  • Mi 9, RAM 6GB + storan 64GB – RM1,699
  • Mi 9, RAM 6GB + storan 128GB – RM1,999

Mi 9 64GB akan mula dijual pada 6 April 2019 secara eksklusif di Lazada. Ia bersempena hari peminat Mi (Mi Fans Day) yang jatuh pada hari tersebut.

Manakala Mi 9 128GB akan dibuka tempahan awal pada 6 April dan mula dijual pada 13 April, di semua Mi Store dalam dan luar talian. Khas untuk 1,000 tempahan terawal, pengecas wayarles 20W bernilai RM129 akan diberikan percuma.



Pengecas wayarles 20W ini merupakan pengecas wayarles terpantas. Menariknya, ia turut datang dengan pengecas berwayar berkuasa 27W. Ia sesuatu yang sangat berbaloi dibeli pada nilai RM129.

Dengan harga ini, Xiaomi membolehkan orang ramai mampu memiliki bukan sahaja kuasa tertinggi Snapdragon 855 tetapi pelbagai ciri-ciri premium sebuah peranti flagship. Bagaimanapun, storan dikorbankan untuk menikmati prestasi tertinggi di telefon pintar.

Mi 9 dikuasakan pemproses Snapdragon 855, bersama RAM 6GB dan storan antara 64GB dan 128GB. Ia dipasang skrin AMOLED 6.39-inci, bertakuk kecil titisan air dan resolusi HD Penuh+. Pengimbas capjari pula terdapat di dalam skrin.

Kamera di Mi 9 antara yang terbaik, dengan markah DxOMark sebanyak 109. Di belakang, ia menggabungkan tiga kamera iaitu kamera utama 48MP F1.75 dengan sensor Sony IMX586, kamera ultra lebar 16MP F2.2 dan kamera telefoto 12MP F2.2 dengan kemampuan 2x zum optikal. Kamera swafoto pula 20MP F2.0 yang terletak di dalam takuk di atas skrin.

Bateri untuk Mi 9 boleh dikira kecil, hanya 3,300mAh. Tetapi ia menyokong pengecasan pantas melalui USB-C, dan turut menyokong pengecasan wayarles 20W, terpantas buat masa kini.

Beberapa kekurangan Mi 9 yang boleh diambil perhatian ialah seperti ketiadaan jek audio 3.5mm, tidak slot kad mikroSD, tidak kalis air dan tiada speaker stereo.

Tetapi jika anda hanya memerlukan prestasi tertinggi dan kamera yang lebih baik dari biasa, Mi 9 harus berada di senarai teratas pembelian telefon pintar baru anda. Jangan lupa beli sekali pengecas wayarles 20W untuk melengkapkan pengalaman anda menggunakan Mi 9.

Tags: Mi 9xiaomi
Najib

Najib

POPULAR

Mi 9 berkuasa Snapdragon 855 tiba di Malaysia dengan harga kekal terendah

Mi 9 berkuasa Snapdragon 855 tiba di Malaysia dengan harga kekal terendah

4 April 2019
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

1 July 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER