• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Vivo Y93 sertai lambakan telefon bawah RM600

  • OLEH Najib
  • 5:28 pm
  • 11/04/2019
  • Komen
Vivo Y93 sertai lambakan telefon bawah RM600
Share on FacebookShare on Twitter

Lebih besar bateri, lebih storan pada harga lebih mampu milik. Itulah yang dijanjikan Vivo Malaysia untuk model terbaru mereka, Y93. Telefon ini akan menemui pembeli di Malaysia pada 13 April 2019.

Telefon pintar Vivo Y93 menampilkan skrin bertakuk kecil Halo FullView berukuran 6.22-inci HD+. Baterinya pula sebesar 4,030mAh dengan pengecasan melalui port mikroUSB.



Kuasa Y93 digerakkan oleh pemproses Mediatek Helio P22 bersama RAM 3GB dan storan 32GB. Ia menerima kad mikroSD sehingga 256GB untuk storan tambahan.

Dwi-lensa kamera dipasang di belakang Y93, gandingan 13MP+2MP dan kamera depan 8MP. Pengimbas capjari fizikal terdapat di belakang badan besi telefon.



Vivo Y93 akan dijual di Malaysia bermula 13 April 2019 dengan harga RM599. Ia ditawarkan dalam dua warna iaitu Starry Black dan Ocean Blue.

Dengan tanda harga dan spesifikasi begini, Vivo Y93 bersaing rapat dengan Honor 8C, Redmi 7, Realme 3 dan Huawei Y7 Pro. Susah juga untuk mengatakan yang mana terbaik kerana semuanya menawarkan perkakas yang hampir serupa, kecuali Huawei Y7 Pro yang sedikit mahal berharga RM649.

Tags: vivoVivo Y93
Najib

Najib

POPULAR

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

8 May 2026
Vivo Y93 sertai lambakan telefon bawah RM600

Vivo Y93 sertai lambakan telefon bawah RM600

11 April 2019
Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

25 May 2026
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN