• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei Y7 Pro datang dengan bateri besar dan harga kecil

  • OLEH Najib
  • 8:26 pm
  • 02/04/2019
  • Komen
Huawei Y7 Pro datang dengan bateri besar dan harga kecil
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam kemeriahan pelancaran Huawei P30 di Malaysia, Huawei Malaysia nampaknya mula menjual sebuah telefon pintar kelas permulaan. Huawei Y7 Pro 2019 telah kelihatan di Stor Online Huawei dan sedia menemui pengguna di Malaysia.

Huawei Y7 Pro 2019 boleh dibeli dengan dua pilihan warna, Hitam atau Biru gradien. Ia dijual pada harga RM649 di Stor Online Huawei dan turut disertakan hadiah percuma berupa pengecas kereta Huawei AP31 bernilai RM68. Penghantaran akan dibuat bermula 6 April 2019.



Skrin telefon ini berukuran 6.26-inci bertakuk kecil di dahi. Resolusinya agak rendah, di tahap HD+ sahaja. Tetapi ia memiliki bateri yang besar, 4,000mAh yang dicas melalui port mikroUSB.

Y7 Pro 2019 dikuasakan cip pemproses kelas permulaan, Snapdragon 450 bersama RAM 3GB dan storan dalaman 32GB. Ia menerima kad mikroSD sehingga 512GB. Dari laman spesifikasi, telefon ini menjalankan antaramuka EMUI 8.1 yang lama, berasaskan Android 8.0 Oreo.



Di bahagian kamera, ia menggunakan dua kamera belakang gabungan lensa 13MP F1.8 dan lensa kedua 2MP untuk mengesan kedalaman. Kamera hadapan pula 16MP untuk menangkap swafoto.

Telefon ini memiliki kemasan belakang yang menawan, menggunakan kaca berkilau serta pilihan warna gradien. Malangnya, ia tiada pengimbas capjari fizikal tetapi menyokong pengecaman wajah untuk membuka kunci skrin.

Untuk harga ini, pilihan yang lebih baik ialah seperti Honor 8C, Redmi 7 atau Realme 3 yang berharga RM599 sahaja bersama RAM 3GB, storan 32GB, bateri 4,000mAh dan pemproses lebih perkasa. Tetapi jika anda peminat Huawei, anda masih boleh membeli Y7 Pro 2019 ini.

Tags: HuaweiY7 Pro 2019
Najib

Najib

POPULAR

SMTrack sanggah kaitan mereka dengan pelaksanaan RFID di Plaza Tol

Ini sebab kenapa ada TNG RFID luput 31 Januari 2024

27 November 2023
Maybank Secure2u kini perlu diaktifkan di ATM untuk keselamatan lebih terjamin

Maybank Secure2u kini perlu diaktifkan di ATM untuk keselamatan lebih terjamin

3 November 2023
Panggilan terputus iPhone 12 & iPhone 13 dibaiki dalam iOS 15.1.1

iPhone terpakai yang berbaloi untuk dibeli sekarang

25 November 2023
Satu lagi syarikat penerbangan Malaysia hadapi masalah kewangan, operasi digantung

Satu lagi syarikat penerbangan Malaysia hadapi masalah kewangan, operasi digantung

21 November 2023
Huawei Y7 Pro datang dengan bateri besar dan harga kecil

Huawei Y7 Pro datang dengan bateri besar dan harga kecil

2 April 2019
TNG tawar tag RFID RM19.50, ini perkara yang perlu anda tahu

TNG tawar tag RFID RM19.50, ini perkara yang perlu anda tahu

27 November 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER