• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home OS Android

ASUS ZenFone Max Plus Adalah Yang Termurah Dalam Kelasnya

  • OLEH Hanif Azrai
  • 4:24 pm
  • 13/12/2017
  • Komen
ASUS ZenFone Max Plus Adalah Yang Termurah Dalam Kelasnya
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti yang diwar-warkan, Asus hari ini melancarkan secara rasmi telefon ZenFone Max Plus (M1). Asus turut memaklumkan ZenFone Max kini adalah satu siri telefon yang tersendiri dan bukan lagi dalam keluarga ZenFone seperti sebelum ini.

Melihat pada spesifikasi, ia boleh diletakkan dalam kalangan telefon bajet kelas atas seperti Xiaomi Mi A1, OPPO F5 Youth, Huawei Nova 21, dan vivo V7 kerana harga yang diberikan adalah antara yang termurah dalam kelasnya.



Sungguhpun memiliki profil badan yang langsing, paparan yang dimilikinya agak besar. Ia diberikan panel 18:9 selluas 5.7″ dengan resolusi HD+ (1440 × 720)

Pada papan utama, anda akan menemui cip MediaTek MT6750T yang bergandingan bersama RAM sebesar 4GB dan storan 32GB. Terdapat slot khas untuk meluaskan storan melalui kad SD dan ia tidak menganggu mana-mana slot kad SIM yang lain. Maka, anda boleh menggunakan 2 kad SIM berasma 1 kad SD sekali gus.



Pada bahagian mengimejan, ZenFone Max Plus menggunakan konfigurasi dwikamera belakang dengan kamera sekundernya ada sensor 8MP bersudut pandang 120darjah seperti sudut pandang sebuah kamera aksi. Penembak gambar utama pula adalah kamera 16MP dengan apertur F2.0. Kamera yang sama turut menghiasi bahagian depan telefon ini.

Sekeping bateri sebesar 4,130mAh dipadatkan dalam badan telefon ini yang pastinya menjanjikan waktu penggunaan yang panjang.

Tempahan ASUS ZenFone Max Plus akan dibuka bermula 14 hingga 19 Disember 2017. Harga rasmi telefon ini adalah RM899 tetapi anda boleh membelinya pada harga RM699 jika anda bawa telefon usang anda untuk dituker beli di pengedar sah telefon ASUS.

  • Tempahan di Lazada – pautan
  • Senarai kedai yang menawarkan rebat – pautan
  • Maklumat lanjut tempahan Asus ZenFone Max Plus – pautan
Tags: androidasusasus malaysiaASUS ZenFoneASUS Zenfone MaxASUS ZenFone Max PlusASUS ZenFone Max Plus M1ASUS ZenFOne Max Plus MalaysiaTelefon Murahtelefon pintarZenFoneZenFone 4 Max PlusZenFone Max PlusZenFone Pegasus 4S
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
ASUS ZenFone Max Plus Adalah Yang Termurah Dalam Kelasnya

ASUS ZenFone Max Plus Adalah Yang Termurah Dalam Kelasnya

13 December 2017
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

10 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN