• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Axiata dan Telenor mahu bergabung operasi di Asia

  • OLEH Najib
  • 12:11 pm
  • 06/05/2019
  • Komen
Axiata dan Telenor mahu bergabung operasi di Asia
Share on FacebookShare on Twitter

Urusniaga saham dua syarikat gergasi telekomunikasi di Malaysia, Axiata Group Bhd and DiGi.Com Bhd dilaporkan digantung hari ini, menunggu pengumuman yang akan dikeluarkan petang ini. Menurut kenyataan yang dikeluarkan secara berasingan, kedua-dua syarikat menggantung urusniaga saham mereka hari ini sehingga pukul 5 petang.

Penggantungan saham ini menimbulkan khabar berkenaan penggabungan dua syarikat telekomunikasi ini. Menurut sumber The Edge Market, Axiata Group yang berpusat di Malaysia dan Telenor Group dari Norway yang memiliki 49% pegangan dalam Digi.com Bhd, sedang dalam perbincangan untuk menggabungkan operasi mereka di Asia.



Dengan gabungan ini, kedua-dua syarikat dapat mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju serantau sambil meningkatkan skala ekonomi dan berkongsi beban pelaburan dan kos yang tinggi.

Axiata dan Telenor, kedua-duanya beroperasi di Malaysia dan Bangladesh. Axiata memiliki operasi di lebih banyak negara iaitu Kemboja, India, Nepal, Indonesia dan Sri Lanka. Manakala Telenor beroperasi di Myanmar, Pakistan dan Thailand.



Bagaimanapun, The Star melaporkan, AmInvestment Research menjangka Telenor akan memegang saham majoriti dalam penggabungan ini. Ini kerana Telenor memiliki EBITDA dan asas pendapatan yang lebih besar.

Presiden dan CEO Kumpulan Axiata, Tan Sri Jamaludin Ibrahim dijangka akan membuat pengumuman pada pukul 4 petang ini. Kita tunggu pengumuman selanjutnya kelak.

[Sumber: The Edge, The Star]

Tags: AxiatacelcomdigiTelenor
Najib

Najib

POPULAR

Axiata dan Telenor mahu bergabung operasi di Asia

Axiata dan Telenor mahu bergabung operasi di Asia

6 May 2019
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN