• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Celcom dan Digi akan bergabung menjadi syarikat telekomunikasi terbesar Malaysia hujung tahun ini

  • OLEH Najib
  • 4:45 pm
  • 06/05/2019
  • Komen
Celcom dan Digi akan bergabung menjadi syarikat telekomunikasi terbesar Malaysia hujung tahun ini
Share on FacebookShare on Twitter

Kumpulan Axiata baru sahaja mengesahkan perbincangan mereka bersama kumpulan Telenor untuk membentuk satu entiti global dengan menggabungkan operasi Axiata dan Telenor di Asia. Gabungan ini berhasrat untuk membentuk juara global yang berpengkalan di Malaysia.

Bagaimanapun, kedua-duanya bersepakat bahawa belum ada kepastian dari usul yang dicadangkan ini untuk dibawa kepada perjanjian atau tanggungjawab untuk meneruskan dengan apa jua pengambilalihan, penggabungan atau penjualan.



Beberapa isu dan perkara masih belum mencapai kata sepakat, tetapi berdasarkan tanggung jawab membabitkan beberapa entiti meliputi sembilan negara perlu dibuat dengan pantas, Axiata memilih untuk membuat pendedahan sukarela lebih awal bagi memberikan ketelusan kepada pemegang sahamnya sementara perbincangan masih berjalan.

Ini menunjukkan, proses penggabungan masih di peringkat awal tetapi kedua-dua syarikat mengambil serius perkara ini untuk menjadikannya kenyataan.



Menurut Axiata, industri telah melihat perubahan yang amat ketara dalam perniagaan di mana perbezaan antara perkhidmatan tetap dan mudah alih semakin kabur menuju satu tumpuan konvergensi. Axiata juga mengakui persaingan pasaran semakin sengit di antara bukan sahaja penyedia tradisional tetapi dari penyedia perkhidmatan berasaskan internet dan penyedia kandungan.

Selain itu, harga produk dan perkhidmatan telah menurun dengan mendadak kebelakangan ini, tetapi modal pelaburan tetap meningkat naik. Terutama sekali berkaitan rangkaian, kualiti liputan dan kemajuan teknologi.

Transaksi yang dicadangan dalam gabungan entiti antara operasi Axiata dan Telenor menawarkan gabungan skala, kecekapan dan pengalaman luas dalam memimpin dan mengurus pasaran baru muncul dan yang sedang meningkat.

Penggabungan ini dijangka akan membentuk satu entiti baru dengan keuntungan proforma melebihi RM50 bilion dan EBITDA lebih dari RM20 bilion. Ia meliputi operasi anak syarikat di sembilan negara yang menggabungkan populasi melebihi 1 bilion orang dan 300 juta pelanggan.

Dengan portfolio sedia ada, gabungan ini akan menduduki tangga pertama di enam buah negara, tempat kedua di dua buah negara dan tempat ketiga di satu pasaran. Satu perbezaan di pasaran Bangladesh, operasi Axiata Robi akan terus dijalankan secara bebas oleh Axiata selepas cadangan transaksi selesai.

Di Malaysia pula, gabungan ini akan membentuk Juara Malaysia yang menyatukan Celcom Axiata Berhad dan Digi.com Berhad, di mana ia akan menjadi operator mudah alih terbesar di Malaysia. Malah, transasksi cadangan ini juga akan membentuk penyedia infrastruktur mudah alih dalam lima terbaik, apabila digabungkan edotco Group Sdn Bhd, syarikat TowerCo ke-13 terbesar di dunia, bersama aset menara Telenor di Asia.

Selain itu, gabungan ini juga akan membentuk peluang untuk menubuhkan Pusat Inovasi terbesar di rantau ini, meliputi IoT dan 5G, serta pusat penghasilan bakat antarabangsa.

Dalam pengumuman ini, Telenor akan menjadi pemegang saham majoriti dengan 56.5% pegangan manakala Axiata akan memiliki 43.5% pegangan. Ini adalah pemegangan awal yang mencerminkan penilaian aset relatif tertakluk kepada pelarasan. Kedua-dua pihak akan bekerja berpandukan niat baik terhadap perjanjian akhir pada hujung suku ketiga 2019. Morgan Stanley bertindak sebagai Penasihat Kewangan Antarabangsa kepada Axiata dalam transaksi yang dicadangkan.

Tags: AxiatacelcomdigiTelenor
Najib

Najib

POPULAR

Bantuan SARA RM100: Semakan kelayakan kini dibuka, ini caranya

Bantuan SARA RM100: Semakan kelayakan kini dibuka, ini caranya

21 August 2025
Kini ada lagi banyak cara kumpul GrabRewards, ini tip untuk maksimumkan ganjaran anda!

Kini ada lagi banyak cara kumpul GrabRewards, ini tip untuk maksimumkan ganjaran anda!

31 July 2025
Celcom dan Digi akan bergabung menjadi syarikat telekomunikasi terbesar Malaysia hujung tahun ini

Celcom dan Digi akan bergabung menjadi syarikat telekomunikasi terbesar Malaysia hujung tahun ini

6 May 2019
Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

14 August 2025
LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

6 August 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER