• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Osmo Action Beri Tamparan Padu Pada GoPro Hero 7 Black

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:23 am
  • 16/05/2019
  • Komen
Osmo Action Beri Tamparan Padu Pada GoPro Hero 7 Black
Share on FacebookShare on Twitter

Ternyata khabar angin DJI akan menghasilkan kamera aksi mereka sendiri benar kerana mereka baru saja melancarkan DJI Action. Daripada helaian spesifikasi, ia boleh diletakkan sebaris dengan flagship GoPro iaitu Hero 7 Black yang dikatakan kamera aksi terbaik setakat ini.

Osmo Action boleh menyelam sehinggga 1 meter dalam

Jika Hero 7 Black terkenal dengan Hypersmooth, EIS proprietari mereka yang menstabilkan video seperti anda sedang menggunakan gimbal fizikal, DJI turut hadir dengan fungsi yang hampir sama yang mereka gelar RockSteady. Namun, RockSteady dikesan jauh lebih hebat jika anda tonton video reviu beberapa YouTuber yang sudahpun menggunakannya.



Bagi menambah nilai unik kamera aksi ini, DJI turut menyertkaan skrin kedua di bahagian depan, sebelah lensa kamera yang boleh digunakan untuk tujuan framing. Ia sangat berguna sekiranya anda ingin merakam diri sendiri dan menghadapi masalah untuk kekal di dalam frame semasa rakaman berjalan.

Daripada specs teknikal, ia dilihat selari dengan Hero 7 Black. Misalnya, kamera ini miliki sensor 1/2.3″ 12MP yang sama. Tapi, cip pemproses imej yang diguna pakai pandanya tidak pula diketahui.



Untuk keupayaan video, Osmo Action boleh merakam video 4K sehingga 60fps ataupun 240fps pada resolusi HD Penuh.

Osmo Action masih gunakan kaki penyabung GoPro

TIdaklah diketahui bilakah produk ini akan tiba di Malaysia. Di U.S sana, ia dijual pada harga USD350 (RM1,460). Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: djidji osmodji osmo action
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Osmo Action Beri Tamparan Padu Pada GoPro Hero 7 Black

Osmo Action Beri Tamparan Padu Pada GoPro Hero 7 Black

16 May 2019
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

11 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
RHB Bank jadi bank pertama di Malaysia sokong DuitNow Pay untuk pembayaran dalam talian dan berulang

RHB Bank jadi bank pertama di Malaysia sokong DuitNow Pay untuk pembayaran dalam talian dan berulang

12 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN