• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Intel, Qualcomm & Broadcomm ikut jejak Google berhenti berurusan dengan Huawei

  • OLEH Najib
  • 4:26 pm
  • 20/05/2019
  • Komen
U Mobile akan menawarkan Huawei P30 dari serendah RM1,099 dengan pelan Unlimited Hero
Share on FacebookShare on Twitter

Selain perkhidmatan perisian Google, pengeluar cip dari Amerika Syarikat seperti Intel, Qualcomm, Broadcomm dan Xilinx akan berhenti menjual cip mereka kepada Huawei. Perkara ini dilaporkan oleh Bloomberg, memetik sumber dalaman mereka.

Langkah ini merupakan kesinambungan dari pengumuman yang mengejutkan dari Google , yang pertama menyatakan memberhentikan sebarang perniagaan bersama Huawei. Jurucakap Google memaklumkan kami, langkah ini diambil menuruti arahan kerajaan AS, selepas Presiden Donald Trump menandatangani arahan eksekutif minggu lepas atas alasan membantu China membuat intipan.



Arahan tersebut secara langsung melarang syarikat AS membuat sebarang bentuk urusniaga dengan syarikat gergasi dari China itu.

Intel merupakan pembekal cip utama untuk komputer pelayan Huawei. Manakala Qualcomm membekal cip pemproses dan modem untuk bahagian telefon pintar Huawei. Broadcomm dan Xilinx pula menyediakan komponen untuk perniagaan utama Huawei, rangkaian mudahalih.



Huawei baru-baru ini mengambil alih tempat Apple sebagai pengeluar telefon pintar nombor 2 di dunia. Larangan AS ini bukan sahaja memberi kesan kepada jualan telefon pintar, tetapi juga pemasangan rangkaian 5G di seluruh dunia.

Huawei Mangsa Keadaan

Eksekutif Huawei percaya, mereka menjadi mangsa dalam perang perdagangan antara AS dan China. Mereka juga yakin, hubungan ini akan pulih selepas kata sepakat perdagangan dicapai antara kedua negara.

Bagaimanapun, Huawei telah menjangka perkara ini akan berlaku. Huawei telah mengumpulkan sebanyak mungkin peralatan dan komponen sejak pertengahan tahun 2018, agar mencukupi untuk digunakan selama 3-bulan. Sambil itu, Huawei juga mmepercepatkan pembangunan produk mereka seperti cip, modem dan pemproses.

Bagaimanapun perkembangan terbaru ini mungkin menjangkau lebih panjang dari jangkaan Huawei. Lebih banyak syarikat AS mungkin akan membuat pengumuman sama tidak lama lagi.

Sumber: Bloomberg

Tags: Broadcommdonald trumpHuaweiIntelQualcomm
Najib

Najib

POPULAR

U Mobile akan menawarkan Huawei P30 dari serendah RM1,099 dengan pelan Unlimited Hero

Intel, Qualcomm & Broadcomm ikut jejak Google berhenti berurusan dengan Huawei

20 May 2019
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN