• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

OnePlus 7 Pro Di Malaysia: Segala Yang Anda Perlu Tahu

  • OLEH Hanif Azrai
  • 5:36 pm
  • 21/05/2019
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Ini adalah OnePlus yang paling pantas tiba di Malaysia selepas pelancaran global. Jika anda salah seorang peminat OnePlus, anda boleh mendapatkan flagship terhebat pernah OnePlus keluarkan setakat ini.

Di Malaysia, OnePlus ada pengedar baru. Untuk OnePlus 7 Pro, ia kini diedarkan secara eksklusif oleh XianFeng Technology. Jadi untuk urusan jaminan dan servis pascapembelian untuk siri OnePlus 7, and aboleh berhubung dengan mereka.



OnePlus 7 hadir dalam dua varian iaitu:

  • OnePlus 7
  • OnePlus 7 Pro

Tapi untuk pasaran Malaysia, versi tak pro tidak diumumkan pula dalam majlis pelancarannya di sini. Versi bukan pro dilihat sebagai pengganti terus kepada OnePlus 6T kerana rekaannya yang dibawakannya lebih konvesional. Namun, versi Pro-nya seperti hendak cari gaduh dengan flagship superpremium seperti P30 Pro, Galaxy S10+, dan Mate 20 Pro.



Paling mencuri tumpuan adalah pada mekanisme pop-up untuk kamera swafotonya. Ia menempatkan kamera depan 16MP F2.0 yang diperkasa sensor Sony IMX471. Penggunaan kamera pop-p bermakna telefon ini bebas notch pada badannya.

Anda beroleh paparan berbingkai nipis bersaiz 6.67″ daripada penel AMOLED yang dilapisi Corning Gorilla Glass sebagai perlindungan. Menariknya paparan ini adalah refresh rate-nya yang tinggi. Pada 90Hz ia adalah antara yang tertinggi untuk OLED setakat ini.

Untuk pengimejan belakang, OnePlus 7 Pro dilengkapi tiga buah kamera. Kamera utamanya miliki sensor IMX586 beresolusi 48MP dengan apertur lensa F1.6. Kamera kedua adalah untuk kegunaan telefoto dan ia ada sensor 8MP bersama-sama bukan apertur F2.4. Kamera ketiga miliki sudut pandang ultralebar yang diberikan sensor 16MP serta lensa F2.2.

Di atas papan utama, anda akan menemui SoC Snapdragon 855 bersama-sama RAM sehingga 12GB dan storan sehingga 256GB. Storan OnePlus 7 Pro turut perlu ditekankan kerana ia menggunakan UFS 3.0 yang pertama dalam telefon pintar. Pengalaman menggunakannya pastinya pantas.

OnePlus 7 Pro mengambil bateri daripada tangki sebesar 4,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 30W.

Harga OnePlus 7 Pro

Untuk pasaran Malaysia, OnePlus 7 Pro akan dijual pada harga seperti berikut:

RAM 6GB + storan 128GB – RM2,999
RAM 8GB + storan 256GB – RM3,699
RAM 12GB + storan 256GB – RM4,199

Untuk varian 8GB dan keatas, ada hadiah menarik menanti anda apabila anda lakukan tempahan di SHopee. Bukan saja anda terima sepasang OnePlus Bullet secara percuma, anda juga bakal terima baucar tunai Shopee bernilai RM200.

Tags: OnePlusOnePlus 7oneplus 7 pro
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025

OnePlus 7 Pro Di Malaysia: Segala Yang Anda Perlu Tahu

21 May 2019
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

4 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER