• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tempahan awal Honor 20 ditangguh ke satu tarikh kemudian

  • OLEH Najib
  • 5:30 pm
  • 21/05/2019
  • Komen
Tempahan awal Honor 20 ditangguh ke satu tarikh kemudian
Share on FacebookShare on Twitter

Majlis pelancaran Honor 20 telah ditetapkan pada hari ini, 21 Mei 2019 di London. Ia diikuti dengan majlis pelancaran di Kuala Lumpur, yang akan diadakan pada 23 Mei 2019.

Bersamaan pelancaran di Malaysia, Honor Malaysia juga mengumumkan akan membuka tempahan awal Honor 20 dari 24 Mei dan mula menjualnya pada 29 Mei. Tetapi tempahan awal ini terpaksa ditangguhkan.



Honor Malaysia hari ini memaklumkan majlis pelancaran di Kuala Lumpur masih berjalan seperti dijadualkan, pada 23 Mei 2019. Tetapi tempahan awal terpaksa ditangguhkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. Ia berikutan masalah logistik yang dihadapi, membuatkan stok tidak dapat diterima pada waktu yang dirancang. Bermakna, tarikh jualan juga dianjakkan ke tarikh lain.

Tidak dapat juga dipastikan adakah perkara ini ada kena mengena dengan larangan Amerika terhadap Huawei. Honor Malaysia menyatakan, maklumat lanjut akan diumumkan menerusi Facebook Honor Malaysia.



Sebelum ini, Honor Malaysia mengumumkan tempahan awal Honor 20 akan dibuka dari 24-28 Mei 2019, menyediakan hadiah bernilai RM500 iaitu beg Honor, speaker Honor SoundStone dan gelang pintar Honor Band 4.

Pelancaran Honor 20 di London akan berlangsung pada pukul 9 malam ini waktu Malaysia. Ia boleh ditonton secara langsung menerusi Facebook SoyaCincau BM.

Sumber Gambar: @IshanAgarwal24

Tags: honorHonor 20
Najib

Najib

POPULAR

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

17 October 2025
Infobip Shift bakal debut di Asia, Kuala Lumpur jadi tuan rumah November ini

Infobip Shift bakal debut di Asia, Kuala Lumpur jadi tuan rumah November ini

22 October 2025
Tempahan awal Honor 20 ditangguh ke satu tarikh kemudian

Tempahan awal Honor 20 ditangguh ke satu tarikh kemudian

21 May 2019
Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

11 November 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER