• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Isu Huawei di A.S. beri kesan kepada Apple di China

  • OLEH Taufiq Mahfuzah
  • 5:33 pm
  • 24/05/2019
  • Komen
Kenapa Tun Dr Mahathir guna iPhone?
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, tular berita mengenai syarikat gergasi pengeluar telefon pintar China, Huawei disenarai hitamkan oleh kerajaan Amerika Syarikat dari terus berdagang di negara tersebut.

Namun, ia bukan sahaja mampu menjejaskan penjualan Huawei, tetapi Apple juga akan turut terkesan dengan hal terbabit.



Bagaimana perkara ini boleh terjadi? Mari saya terangkan kepada anda satu persatu mengenainya.

Jualan Apple yang semakin merundum

Sebelum berlakunya pengharaman Huawei, menurut data dari IDC tahun lepas, Apple mencatatkan sebanyak 9.1 peratus pegangan pasaran telefon pintar di China berbanding Huawei yang berjaya mengaut sebanyak 26.4 peratus pegangan pasaran. Sekaligus meletakkan Apple dikedudukan kelima pada pasaran di China.



Menurut Counterpoint, pegangan pasaran Apple semakin merundum apabila dalam suku pertama, mereka hanya berjaya memegang pasaran sebanyak 7 peratus sahaja di China berbanding Huawei yang meningkat sebanyak 3 peratus pegangan pasaran.

Menurut Zaker Li, Pegawai Kanan Penganalisa IHS Markit, pegangan pasaran Apple di China dijangkakan akan terus menggelongsor kerana tawaran produk dan strategi harga Apple yang akan menjadi sebab utama disebalik kejatuhannya.

Semangat nasionalisasi rakyat China

Menurut penganalisa, walaupun pengharaman tersebut bertujuan untuk melumpuhkan syarikat telefon China itu dalam jangka pendek, namun sentimen nasionalisasi yang berterusan boleh membantu pertumbuhan jualan Huawei dan menjatuhkan jualan Apple di China.

Sekaligus sebuah nasionalisasi retorik “Bertukarlah ke Huawei” mendapat perhatian ramai di negara tersebut. Sehingga, terdapat juga beberapa buah syarikat yang menawarkan diskaun untuk membeli telefon Huawei sebagai faedah pekerja.

Bukan itu sahaja, komen-komen seperti “sokong Huawei” dan “bertabahlah” mendapat ribuan likes di Weibo, sebuah laman sosial mirip Twitter di China.

Jika perang perdangan antara kedua-dua buah negara tersebut berterusan, mungkin sedikit sebanyak ia memberikan kesan yang mendalam terhadap Apple.

Hal ini kerana jika kerajaan China memilih untuk mengharamkan jualan Apple di China, pendapatan Apple bakal jatuh sebanyak lebih 15 bilion setahun.

Sumber: South China Morning Post

Tags: amerika syarikatappleChinaHuaweiiphoneTim Cook
Taufiq Mahfuzah

Taufiq Mahfuzah

POPULAR

Kenapa Tun Dr Mahathir guna iPhone?

Isu Huawei di A.S. beri kesan kepada Apple di China

24 May 2019
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN