• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Oppo Reno 10x Zoom tiba dengan zum lebih panjang dari Huawei P30 Pro

  • OLEH Najib
  • 11:47 am
  • 27/05/2019
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Pertengahan bulan Mei yang lepas, Oppo Malaysia telah memperkenalkan siri baru telefon pintar Oppo Reno mereka ke Malaysia. Ia diumumkan berharga RM1,999 dengan kuasa Snapdragon 710, RAM 6GB dan storan 256GB.

Hari ini, Oppo Malaysia melancarkan versi yang lebih hebat, Oppo Reno 10x Zoom. Ia bukan sahaja memiliki keupayaan zum lebih hebat, malah prestasi lebih tinggi.



Ia bermula dengan penggunaan cip Snadragon 855 di dalamnya, bersama RAM 8GB dan storan 256GB. Ia juga dipasang bateri lebih besar, berkapasiti 4,065mAh dan menyokong pengecasan pantas VOOC 3.0 melalui sambungan USB-C.

Seperti namanya, kelebihan utama Oppo Reno 10x Zoom ialah pada kameranya. Berbanding hanya dua kamera di Oppo Reno standard, versi lebih hebat ini memiliki tiga kamera belakang iaitu kamera utama 48MP F1.7, kamera telefoto periskop 13MP F3.0 dan kamera ultra lebar 8MP F2.2.



Dengan kamera periskop, ia membolehkan Reno 10x Zoom memiliki zum lossless sehingga 10x dan akan diberikan zum digital sehingga 60x. Zum digital ini lebih panjang dari Huawei P30 Pro yang ada 50x sahaja. Kamera utama dan periskop di Reno 10x Zoom juga dilengkapi penstabil imej optikal (OIS).

Untuk kamera hadapan, ia menggunakan kamera 16MP F2.0 di dalam modul boleh sembunyi berbentuk sirip jerung. Dengan ini, ia membolehkan skrin Reno 10x Zoom tiada takuk dan lubang.

Skrin Reno 10x Zoom lebih besar, berukuran 6.6-inci dari jenis AMOLED dan resolusi HD Penuh+. Paparan ini turut memiliki pengimbas capjari yang tertanam di dalam skrin.

Telefon pintar Oppo Reno 10x Zoom dijual di Malaysia pada harga RM3,399. Ia ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Jet Black dan Ocean Green.

Tempahan awal dibuka dari 27 Mei hingga 17 Jun 2019 dan ia datang bersama hadiah percuma bernilai RM877 iaitu gimbal (RM599), jaminan tambahan tahun kedua (RM139) dan jaminan perlindungan skrin (RM139).

Tempahan awal boleh dibuat di Stor Konsep Oppo, pengedar sah Oppo, Stor Online Oppo serta di Lazada dan Shopee. Tempahan yang dibuat boleh diambil bermula 18 Jun 2019.

Tags: oppoOppo RenoOppo Reno 10x
Najib

Najib

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026

Oppo Reno 10x Zoom tiba dengan zum lebih panjang dari Huawei P30 Pro

27 May 2019
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026
EV terbakar di Alam Damai, adakah ia Mercedes-Benz EQE?

EV terbakar di Alam Damai, adakah ia Mercedes-Benz EQE?

19 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN