Bulan Ramadan sudah semakin hampir melabuhkan tirainya. Sekali gus ia bermakna umat islam seluruh dunia bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Apabila bercakap mengenai sambutan hari raya, pasti kita akan teringat sanak saudara di kampung, hidangan hari raya dan duit raya.
Bukan itu saja, seperti tahun-tahun yang terdahulu, iklan-iklan raya juga sudah mula ditayangkan.
Secara keseluruhnya, iklan raya tahun 2019 ini lebih banyak menawarkan tema yang lebih gembira berbanding sedih. Kali ini, pihak SoyaCincau mahu membawa para pembaca menonton sebanyak 28 iklan yang berjaya kami kumpul.
Walau bagaimanapun, baki beberapa hari lagi sebelum Syawal menjelma, pasti banyak lagi iklan raya yang bakal diterbitkan. Jadi, iklan raya mana yang menarik minat anda semua? Kalau saya, saya suka iklan dari TNB! Setiap tahun tidak pernah mengecewakan.
Berikut adalah senarai 28 iklan tersebut:
- Raya Kuasa 7 – Astro
- Sayang buat hal nak raya shopping? – Shopback Malaysia
- Raya Paling BerMAK-MAKna – Lazada Malaysia
- Ketepikan segala perbezaan – RHB Group
- Rumah nenek – Mitsubishi Malaysia
- Tetamu VVVVIP Haji Bakhul – Mr. DIY
- Ketupat Lejen – Sun Life Malaysia
- Jimat Raya, Sempurna Ria – Courts Malaysia
- Konvoi Epik Fantastik – TNB
- Deria Takbir – Maxis
- Rendang SoRaya – Petronas
- Ada Hati, Raya Menjadi-jadi – Watson Malaysia
- Hero Setulus Ikhlas – MPB dan Samsung
- Tumpang – Plus
- Sama-sama Balik Kampung – Malaysia Airlines
- Kebenaran Raya – Animonsta Studio
- Pak Duan & Calon Menantu – Adabi
- Geng Sakat Raya 2 – Yakult
- Makna Ramadan – PruBSN
- Musika Raya – Etiqa
- Huru Hara Hari Raya – Vinda Tissue Malaysia
- Seringgit – Samsung Malaysia
- Raya Lain Maciem – Mister Potato
- Raya Selamba – KFC Malaysia
- Setia Sepakat, Ikatan Erat – SP Setia
- Keluarga Last Minute – SOGO Malaysia
- Projek Azim dan Adik – AKPK
- Atuk Gamer – TM
Raya Kuasa 7 – Astro
Kata Tokwan, bila bersama, raya kita sempurna seadanya.
Sayang buat hal nak Raya Shopping? Takde hal lah – ShopBack Malaysia
Menampilkan Ucopppp sebagai teraju utama, ShopBack membawakan iklan raya bertema musikal.
Raya Paling BerMAK-MAKna – Lazada Malaysia
Pada hari yang mulia, janganlah kita bergaduh sesama kita.
Ketepikan segala perbezaan – RHB Group
Berdasarkan kisah benar seorang guru yang berusaha membantu pelajarnya.
Rumah nenek – Mitsubishi Malaysia
Adakala, kita menempuh sebuah perjalanan yang jauh hanya untuk mengembalikan memori silam yang cukup terindah.
Tetamu VVVVIP Haji Bakhul – Mr. DIY
Mengisahkan seorang tuan haji kedekut yang ingin menyambut Hari Raya dengan mengadakan rumah terbuka untuk tetamu VVVVIPnya.
Ketupat Lejen – Sun Life Malaysia
Tahukah anda semua, ketupat juga ada pelbagai bentuk. Tak percaya? anda boleh tonton iklan raya dari Sun Life Malaysia dibawah.
Jimat Raya, Sempurna Ria – Courts Malaysia
Kadang kala persiapan raya juga boleh memeningkan kepala. Masakan tidak, pelbagai persiapan, makin banyaklah duit yang akan dikeluarkan. Mari kita tengok bagaimana Ahmad Jimat berjimat.
Konvoi Epik Fantastik – TNB
Kalau tahun lepas rumah yang epik, tahun ini TNB kembali pula dengan konvoi raya yang epik! Eh! Jero buat penampilan istimewalah!
Deria Takbir – Maxis
Kini, menerusi aplikasi Deria Takbir, ia membantu golongan OKU pendengaran untuk turut serta bertakbir ketika pagi Syawal.
Rendang SoRaya – Petronas
Iklan raya petronas tahun ini mengisahkan seorang anak yang tidak pernah lupa untuk memasak rendang mengikut resipi arwah ibunya.
Ada Hati, Raya Menjadi-jadi – Watson Malaysia
Tiada perasaan yang lebih indah melainkan pulang raya bertemu keluarga.
Hero Setulus Ikhlas – Media Prima Berhad dan Samsung
Tidak semua superhero memiliki kuasa. Ada dari mereka hanya membantu orang ramai dengan setulus ikhlas.
Tumpang – Plus
Setiap perjalanan, zahirkan kesyukuran.
Sama-sama Balik Kampung – Malaysia Airlines
Kalau iklan raya dari Malaysia Airlines mengisahkan keluarga yang menyambut menantu pada hari raya. Tahun ini, mereka membawakan iklan tentang balik kampung untuk beraya bersama keluarga.
Kebenaran Raya – Animonsta Studio
Animonsta Studio juga turut tidak melepaskan peluang untuk meraikan hari raya tahun ini dengan menampilkan Boboiboy dan rakan-rakanya.
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=44pC41MGIS8&w=560&h=315]Pak Duan & Calon Menantu – Adabi
Menceritakan Kassim Jjumaat yang cuba menambat hati ibu mertuanya sempena ingin menyambut hari raya bersama.
Geng Sakat Raya 2 – Yakult
Farah Fauzana, Nabil Ahmad dan Sherry Al-Hadad kembali lagi dalam iklan raya Yakult, Geng Sakat Raya 2.
Makna Ramadan – PruBSN
Mempunyai dua episod, mengisahkan seorang adik yang bernama Ramadan yang ingin merasai makna sebenar Ramadan. Nantikan episod seterusnya dalam beberapa hari lagi.
Muzika Raya – Etiqa
Saksikan nyanyian merdu dari Zainal Abidin, Adibah Noor dan Afdlin Shauki dalam Muzika Raya. Hari raya, riang ria. Aidilfitri, yang mulia.
Huru Hara Hari Raya -Vinda Tissue Malaysia
Menyaksikan sebuah keluarga yang kalut dalam menyediakan persiapan juadah hari raya.
Seringgit – Samsung Malaysia
Diilhamkan dari kisah benar, ia mengisahkan seorang budak lelaki, Hariz yang selalu dapat duit raya berjumlah seringgit dari atuknya.
Raya Lain Maciem – Mister Potato
Terasa sambutan Hari Raya anda biasa? Membosankan? mari kita tengok adik ini macam mana dia sambut Hari Raya. Lain maciemkan?
Raya Selamba – KFC Malaysia
Raya lebih bermakna bila semuanya selamba.
Setia Sepakat, Ikatan Erat – SP Setia
Kadang-kadang, bukan jumlah duit raya yang menjadi nilai utama, tetapi keikhlasan dalam ikatan erat menjadi nilai yang tiada ganti.
Keluarga Last Minute – SOGO Malaysia
Mengisahkan sebuah keluarga yang mempunyai perangai ‘last minute‘. Sehinggakan persiapan raya pun dilakukan pada saat-saat akhir.
Projek Azim dan Adik – AKPK
Mengisahkan Azim dan adiknya yang ingin meringankan beban ibu bapa mereka.
Atuk Gamer – TM
Iklan dari TM ini pula mengisahkan seorang atuk yang ketagih dengan permainan video di telefon pintarnya.