• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Galaxy M40 akan datang dengan skrin berlubang dan tiga kamera belakang

  • OLEH Najib
  • 10:58 am
  • 31/05/2019
  • Komen
Galaxy M40 akan datang dengan skrin berlubang dan tiga kamera belakang
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung tahun ini melambakkan pasaran telefon pintar dengan siri-A dan siri-M serba baru mereka. Terbaru, Samsung mengesahkan akan melancarkan satu lagi model baru di India, Galaxy M40.

Majlis pelancaran Galaxy M40 di India akan diadakan pada 11 Jun 2019. Samsung India telah memberi beberapa petunjuk berkenaannya serta memuat naik laman mikro Galaxy M40.



Antara perkara yang dapat dilihat dari petunjuk tersebut ialah skrin berlubang Infinity-O. Lubang pada skrin Galaxy M40 terletak sebelah atas kiri, berbeza dengan lubang Galaxy S10 yang terdapat di atas kanan.

Selain itu, laman mikro tersebut turut menyenaraikan beberapa perkara seperti penggunaan pemproses Snapdragon siri-6, serta tiga kamera belakang. Selain itu, gambar tersebut turut menunjukkan pengimbas capjari fizikal di belakang. Boleh dikatakan, ia adalah peranti kelas pertengahan.



Ini ialah berita yang telah disahkan. Berita tidak rasmi mengatakan Galaxy M40 memiliki nombor model SM-M405F dan dilengkapi pemproses Snapdragon 675, sama seperti yang digunakan Galaxy A70. Ia juga memiliki pengiktirafan WiFi 2.4GHz dan 5GHz.

Galaxy M40 dijangka memiliki bateri besar 5,000mAh dengan sokongan pengecas pantas 15W menggunakan sambungan USB-C. Untuk maklumat lanjut, sama-sama kita nantikan pelancarannya pada 11 Jun 2019.

Sumber: Samsung, NDTV

Tags: Galaxy M40samsung
Najib

Najib

POPULAR

Galaxy M40 akan datang dengan skrin berlubang dan tiga kamera belakang

Galaxy M40 akan datang dengan skrin berlubang dan tiga kamera belakang

31 May 2019
CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

30 July 2026
Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

4 August 2026
Perodua turunkan harga Axia sehingga RM4,700, kini bermula RM33,900

Perodua turunkan harga Axia sehingga RM4,700, kini bermula RM33,900

3 August 2026
Siri Google Pixel 11 bakal dilancar 12 Ogos: Bawa ciri lampu ‘Pixel Glow’ dan cip Tensor G6

Siri Google Pixel 11 bakal dilancar 12 Ogos: Bawa ciri lampu ‘Pixel Glow’ dan cip Tensor G6

31 July 2026
Pemanas air segera Rubine ini cuma 45mm tebal, rekod paling nipis di Malaysia

Pemanas air segera Rubine ini cuma 45mm tebal, rekod paling nipis di Malaysia

31 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN