• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pemohon visa Amerika Syarikat kini wajib memberi maklumat media sosial

  • OLEH Najib
  • 12:01 pm
  • 03/06/2019
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Lawatan atau percutian ke Amerika Syarikat (AS) oleh rakyat Malaysia, memerlukan permohonan visa terlebih dahulu. Laporan terbaru mengatakan, pemohon visa AS kini perlu mengisi maklumat berkenaan media sosial mereka, sebagai satu peraturan baru memohon visa.

Dalam borang permohonan visa bukan imigran online (DS-160), kini terdapat ruangan baru untuk Media Sosial. Menurut keterangannya, pemohon perlu mengisi semua platform media sosial yang pernah digunakan sehingga 5 tahun lepas. Senarai tersebut meliputi pelbagai platform media sosial termasuk Facebook, Instagram, Linkedin, Myspace, Reddit, Weibo, Twitter dan juga YouTube.



Jika ada pelbagai akaun, ia boleh ditambah dengan menekan butang ‘Add Another‘ untuk menambah bahagian. Ingat, ia hanya perlukan nama pengguna sahaja, bukan kata laluan.

Menurut BBC, keperluan mengisi maklumat media sosial ini dicadangkan oleh pentadbiran Trump pada bulan Mac 2018 yang lepas. Langkah ini dijangka akan memberi kesan kepada 14.7 pemohon setahun tetapi pengecualian diberikan kepada beberapa diplomat dan pemohon visa rasmi terpilih.



Jabatan Negara AS dilaporkan berkata, mereka sering mencari mekanisma untuk memperbaiki proses saringan untuk melindungi rakyat AS sambil menyokong pelawat yang sah datang ke AS. Sebelum ini, hanya mereka yang pernah melawat ke negara yang dikawal oleh kumpulan pengganas sahaja yang perlu memberikan maklumat ini.

Ada laporan menyebut, pemohon juga boleh memilih untuk mengatakan mereka tidak menggunakan media sosial langsung jika benar. Tetapi kalau didapati menipu, mereka akan dikenakan tindakan yang tegas.

Seorang pegawai dari Jabatan Negara AS memberitahu Hill.TV, kebelakangan ini di seluruh dunia kita boleh menemui media sosial menjadi platform utama penybaran sentimen dan aktviti pengganas. Ia juga menjadi alat yang penting untuk menyaring keluar pengganas, ancaman keselamatan awam dan lain-lain individu merbahaya dari mendapatkan manfaat immigrasi dan bertapak di bumi AS.

Sumber: ThePointsGuy, BBC

Tags: amerika syarikatdonald trumpvisa
Najib

Najib

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026

Pemohon visa Amerika Syarikat kini wajib memberi maklumat media sosial

3 June 2019
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

15 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026
Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

18 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN