• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Ini rupa sebenar Google Pixel 4!

  • OLEH Najib
  • 9:21 am
  • 13/06/2019
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Banyak gambaran Pixel 4 telah tersebar kebelakangan ini, memperlihatkan rupa yang dikatakan bakal menjadi telefon pintar terbaru keliaran Google kelak. Mungkin bosan dengan berita terbocor begini, Google sendiri telah berkongsi rupa sebenar Pixel 4.

Perkongsian gambar Pixel 4 tersebut dimuat naik oleh @madebygoogle di Twitter. Walaupun gambar tersebut hanya menunjukkan bahagian belakang, ia memberi beberapa petunjuk penting.



Well, since there seems to be some interest, here you go! Wait 'til you see what it can do. #Pixel4 pic.twitter.com/RnpTNZXEI1

— Made by Google (@madebygoogle) June 12, 2019

Paling utama, ia mengesahkan tentang penggunaan lebih dari satu kamera belakang di Pixel. Sebelum ini, Google berpegang dengan konsep satu kamera belakang dan menggunakan kecanggihan teknologi perisian untuk memproses gambar, menjadikan hasil kamera di Pixel sebagai salah satu terbaik.

Gambar tersebut jelas menunjukkan modul kamera empat segi yang besar di belakang. Modul itu mengandungi dua lensa besar dan satu lensa kecil, mungkin juga sensor autofokus laser, bersama LED Flash. Ada juga satu lubang kecil di tepi LED Flash, kelihatan seperti lubang mikrofon.



Seperkara lagi, tiada pengimbas capjari terdapat di dalam gambar ini. Ini mugkin menunjukkan Google akan memasang pengimbas capjari dalam skrin di Pixel 4.

Dapat juga dilihat, satu butang di sebelah kanan telefon yang kelihatan seperti butang kuasa. Tetapi tiada pula butang untuk kawalan bunyi. Apakah ia satu lagi rahsia yang tidak diketahui ramai lagi?

Tahun lepas, maklumat dan gambar peranti Pixel 3 telah terbocor secara meluas beberapa minggu sebelum pelancaran. Kali ini, mungkin Google mahu mendahului pbocor berita begini dengan memperlihatkan secara terus produk yang bakal dilancarkan mereka.

Walaupun masih belum diumumkan tarikhnya, Pixel 4 dijangka akan dilancarkan sekitar bulan Oktober depan. Apakah ada lagi kejutan akan dibawa Google sebelum ia dilancarkan? Kita tunggu dan lihat.

Tags: GooglePixel 4
Najib

Najib

POPULAR

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

17 October 2025
Infobip Shift bakal debut di Asia, Kuala Lumpur jadi tuan rumah November ini

Infobip Shift bakal debut di Asia, Kuala Lumpur jadi tuan rumah November ini

22 October 2025
Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

11 November 2025

Ini rupa sebenar Google Pixel 4!

13 June 2019
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER