• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Lagi penjual di Malaysia menjamin pulangan wang 100% jika Google tidak berfungsi di peranti Huawei

  • OLEH Najib
  • 10:10 am
  • 26/06/2019
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Minggu lepas, penjual peranti Huawei di Filipina mengambil langkah aktif untuk meyakinkan pengguna dengan jaminan pulangan wang 100% jika peranti Huawei mereka tidak lagi boleh menggunakan servis Google. Awal minggu ini, satu penjual di Malaysia, DirectD turut mengumumkan tawaran yang sama untuk pembeli di Malaysia.

Kini, satu lagi penjual di mengambil langkah yang sama. Mobile 2 Go memperkenalkan kempen Worry Free Project dengan jaminan pulangan wang 100% untuk pembelian telefon pintar atau tablet Huawei, di mana pembeli boleh meminta wang dipulangkan jika aplikasi dan servis Google Playstore tidak lagi berfungsi di peranti Huawei mereka.



Dalam muat naik status mereka di Facebook, kempen ini tertakluk kepada telefon pintar dan tablet yang dibeli di Mobile 2 Go dan masih dalam tempoh jaminan peranti. Seperti tawaran DirectD, kempen ini juga meliputi akses ke aplikasi dan Playstore, tidak pula dinyatakan mengenai kemaskini sistem operasi.

Kempen jaminan wang dipulangkan 100% ini merupakan satu langkah yang pasti melegakan pengguna untuk terus membeli dan menggunakan peranti Huawei, selepas pengumuman sekatan oleh kerajaan Amerika Syarikat.



Huawei sendiri telah berulangkali menjamin mereka akan terus memberi kemaskini dan sokongan terhadap peranti sedia ada. Malah, Google juga telah menyatakan Playstore akan terus berfungsi di peranti Huawei yang sedia ada.

For Huawei users' questions regarding our steps to comply w/ the recent US government actions: We assure you while we are complying with all US gov't requirements, services like Google Play & security from Google Play Protect will keep functioning on your existing Huawei device.

— Android (@Android) May 20, 2019

Buat masa ini, masih tiada kenyataan dari Huawei Malaysia sendiri berkenaan kempen jaminan pemulangan wang ini. Ia merupakan usaha penjual sendiri dan buat masa ini, hanya dilakukan oleh DirectD dan Mobile 2 Go.

Sumber: Mobile 2 Go

Tags: HuaweiMobile 2 Go
Najib

Najib

POPULAR

Lagi penjual di Malaysia menjamin pulangan wang 100% jika Google tidak berfungsi di peranti Huawei

26 June 2019
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN