• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Akses Instagram disekat gara-gara InstaStory Toy Story 4

  • OLEH Najib
  • 12:27 pm
  • 03/07/2019
  • Komen
Akses Instagram disekat gara-gara InstaStory Toy Story 4
Share on FacebookShare on Twitter

Merakam video di dalam pawagam merupakan satu kesalahan. Jika ditangkap, pesalah boleh dikenakan hukuman denda minimum RM10,000 dan maksimum RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun.

Bagaimanapun, seorang wanita di Malaysia boleh dianggap bertuah kerana beliau hanya disekat akses ke akaun Instagram. Ini kerana beliau berkongsi di Instagram Story, sebuah rakaman video pendek Toy Story 4 yang ditonton di pawagam.



Wanita tersebut berkongsi di laman Facebooknya dan memberi amaran kepada orang ramai agar tidak mengikut jejak langkahnya. Beliau menyesal dengan tindakan tersebut dan mengambil peluang itu untuk berkongsi peringatan agar orang ramai tidak lagi merakam filem di dalam pawagam.

Muat naik Instagram Story beliau telah dikesan oleh Walt Disney yang seterusnya mengambil tindakan dengan membuat laporan perlanggaran hak cipta. Keesokan harinya, wanita tersebut menerima emel dari Walt Disney berkenaan pelanggaran hak cipta tersebut dan akaun Instagramnya disekat selama 3 hari.



Di Malaysia, mereka yang merakam video di dalam pawagam boleh diambil tindakan dibawah Seksyen 43A Antirakaman Kamera, Akta Hak Cipta 1987 pindaan 2012. Kesalahan itu boleh dikenakan tindakan yang membawa hukuman denda minimum RM10,000 dan maksimum RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun.

Sumber: The Sun

Tags: instagramPawagamToy Story 4
Najib

Najib

POPULAR

Akses Instagram disekat gara-gara InstaStory Toy Story 4

Akses Instagram disekat gara-gara InstaStory Toy Story 4

3 July 2019
Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

20 February 2026
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
Huawei Band 11 & 11 Pro: Skrin lebih cerah & ada GPS terbina, harga bermula RM149

Huawei Band 11 & 11 Pro: Skrin lebih cerah & ada GPS terbina, harga bermula RM149

24 February 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN