Sukar dipercayai, tapi memang ada. Seperti yang dilaporkan portal Amanz, ada sebuah syarikat yang berpengkalan di Malaysia kini menghasilkan daging babi sintetik berasaskan tumbuhan. Dikilangkan oleh Phuture Foods., Phuture Minced Pork diiklankan untuk memenuhi keinginan orang yang ingin rasai babi, tapi masih sayangkan binatang dan alam persekitaran terutamanya vegetarian atau vegan.


Tidak banyak maklumat yang boleh dikorek tentang syarikat ini. Hasil carian Google menunjukkan syarikat ini menjalankan aktiviti menyediakan daging halal berasaskan tumbuhan. Tiga orang pengasas Phuture Food menurut laman f6s ialah
- Caiyi Teh
- Jack Yap
- Jin Yin Lim

Tapi, jika saya pergi ke laman YouTube mereka, Phuture Food ada mengutuskan video mereka memberi orang awam mencuba daging sintetik itu. Sama ada peserta mereka diberikan daging yang diiklankan dalam website mereka atau tak, tidak pula diketahui.
Baru-baru ini, Phuture Foods menyertai Accelerator Program yang dianjurkan di Hong Kong. Berdasarkan pembentangan projek daging sintetik ini, mereka mensasarkan 50 ribu pengguna dan mengedarkan produk merkea di 100 buah restoren berbekalkan dana RM 3.08 juta daripada program Brinc itu.
Apa pendapat anda tentang daging babi berasaskan tumbuhan ini? Adakah ia memang halal?
Arak Sifar Alkohol Haram
Berbicara tentang halal, Heineken ada melancarkan produk arak dengan sifar alkohol yang dinamakan Heineken 0.0. Berlaku sedikit kontroversi apabila produk itu dikesan diletakkan di ruangan awam bercampur dengan produk halal di sebuah kedai serbaneka.
Namun, menurut pengeluarnya, Heineken 0.0 bukanlah ditujukan kepada Muslim sebaliknya kepada pengguna lain yang ingin rasai minuman keras tanpa mudarat alkohol.
“We are aware of the concerns expressed in various forums and media regarding Heineken® 0.0. We wish to again clarify that Heineken® 0.0 is non-Halal and is only targeted at non-Muslims, aged 21 and above…” pic.twitter.com/vBMnTOkNdy
— Sumisha Naidu (@sumishanaidu) July 14, 2019
Menurut JAKIM, minuman ringan yang dibuat dengan niat dan cara sama seperti proses membuat arak, sama ada mengandungi banyak atau sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum.
Jakim memetik hukum haram itu berdasarkan sumber daripada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia.