• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Ketibaan rasmi Mi A3 ditetapkan pada 17 Julai

  • OLEH Najib
  • 10:23 am
  • 16/07/2019
  • Komen
Ketibaan rasmi Mi A3 ditetapkan pada 17 Julai
Share on FacebookShare on Twitter

Minggu lepas, beberapa petunjuk kedatangan telefon pintar Android One dari Xiaomi iaitu Mi A3, telah dimuat naik oleh Xiaomi. Kini, mereka mengesahkan ia akan dilancarkan pada 17 Julai 2019.

Perkara ini diumumkan menerusi kicauan Xiaomi Sepanyol di twitter. Ia menyatakan, Mi A3 akan menawarkan semua perkara yang diperlukan sistem Android di dalam peranti Xiaomi.



Nuestros Mi Fans lo tienen claro, la serie Mi A reúne todo lo necesario: sistema Android, y todas las ventajas de ser un dispositivo Xiaomi.

¿Preparados para lo que está a puntito de llegar el miércoles 17 de julio? 🤭#AndroidONE #MiA3 pic.twitter.com/4OjiWl5cD4

— Xiaomi España (@XiaomiEspana) July 15, 2019

Xiaomi Perancis juga turut berkicau tentang kedatangan Mi A3, tetapi ia akan dilancarkan di sana pada 18 Jun 2019.

Allons ! Enfants de la Patrie !
Le jour de gloire est arrivé !
Jeudi 18 avec Xiaomi,
Le suspense haletant est levé !
(le suspense haletant est levé) pic.twitter.com/t9liC0ARZg

— Xiaomi France (@XiaomiFrance) July 14, 2019

Walaupun ia akan dilancarkan kemudian, stok Mi A3 dipercayai telah siap sedia berada di kedai-kedai yang akan menjualnya. Manakan tidak, penjual di Malaysia seperti Mobile 2 Go telah membuka tempahan set import Mi A3 sebelum ia dilancarkan secara rasmi. Mi A3 dengan RAM 4GB dan 64GB dijual pada harga RM1,098 di Mobile 2 Go.



Mi A3 datang dengan skrin AMOLED berukuran 6.088-inci dengan takuk kecil di atas. Pengimbas capjari di dalam skrin digunakan di Mi A3. Pemproses Snapdragon 665 menjadi tunjang kuasa di dalamnya.

Terdapat tiga kamera belakang di Mi A3 dengan kamera utamanya 48MP. Baterinya pula sebesar 4,030mAh dan mengecas melalui port USB-C. Menariknya, Mi A3 memiliki slot kad mikroSD serta jek audio 3.5mm padanya, berbeza dengan Mi A2.

Buat masa ini, masih belum ada berita mengenai pelancaran Mi A3 di Malaysia atau Asia Tenggara. Tetapi ia pastinya tidak lama lagi.

Tags: Mi A3xiaomi
Najib

Najib

POPULAR

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

18 September 2025
eKYC sebelum 20 Disember 2024 atau akses TNG eWallet anda dihalang

BUDI95: Ini cara beli RON95 pada harga RM1.99/L guna TNG eWallet

23 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Ketibaan rasmi Mi A3 ditetapkan pada 17 Julai

Ketibaan rasmi Mi A3 ditetapkan pada 17 Julai

16 July 2019
Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

24 September 2025
Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

24 September 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER