• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Maxis dan Gamuda bekerjasama bangun Bandar Pintar 5G

  • OLEH Najib
  • 5:51 pm
  • 17/07/2019
  • Komen
Maxis dan Gamuda bekerjasama bangun Bandar Pintar 5G
Share on FacebookShare on Twitter

Gamuda Cove, pembangunan perbandaran terbaru Gamuda Land yang digelar “Tempat perlindungan alam semula jadi dan bandar pintar”, akan menjadi bandar 5G pertama dikuasakan rangkaian Maxis apabila 5G dilancarkan kelak. Langkah ini dibentuk menerusi perkongsian strategik dengan melantik Maxis sebagai pembekal sambungan dan penyelesaian pilihan di Gamuda Cove.

Gamuda Land dan Maxis telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk Maxis menyediakan dan menggunakan infrastruktur dan perkhidmatan rangkaian 5G di Gamuda Cove pada masa akan datang. Maxis juga akan menyediakan rangkaian fiber di sebahagian kawasan Gamuda Cove dengan sambungan jalur lebar berkelajuan tinggi.



Perkongsian ini sebenarnya bermula dengan kerjasama sebelumnya pada tahun 2018, di mana Maxis menyediakan pelan fiber MaxisOne Home yang disesuaikan untuk perbandaran Gamuda Land di Kota Kemuning.

Sebaik sahaja 5G boleh didapati di Gamuda Cove, ia bukan sekadar memberi perhubungan yang lebih baik dengan kelajuan sehingga 10 kali lebih tinggi daripada rangkaian 4G pada hari ini. Ia turut membuka peluang kepada komuniti untuk teknologi pintar yang tidak dapat dibayangkan.



Pelan rancangan Gamuda Cove

Rangkaian 5G akan membolehkan pemindahan data kelajuan yang lebih tinggi, latensi rendah dan kebolehpercayaan yang lebih tinggi. Antara penggunaannya seperti sensor dan peranti Internet of Things (IoT), kenderaan autonomi serta aplikasi robot yang perlu menggunakan dan memuatkan sejumlah besar data, akan boleh di dapati di mana-mana sahaja di dalam bandar tersebut.

Maxis telah lama memulakan perjalanan 5G. Pada bulan Mac 2019, Maxis adalah yang pertama memulakan percubaan 5G secara langsung di negara ini untuk menyediakan analisis yang mendalam tentang ciri-ciri 5G, termasuk penggunaan spektrum dalam band yang lebih tinggi, kewujudan bersama dengan perkhidmatan semasa, serta menggunakan kes seperti kelajuan Internet Mudah Alih Gigabit dan aplikasi VR Definisi Ultra Tinggi.

Gamuda Cove adalah pembangunan perbandaran terbaru Gamuda Land yang terletak di Lembah Klang Selatan, di sepanjang Lebuhraya Elite dan bertentangan dengan Cyberjaya, serta dekat dengan KLIA dan KLIA2. Perbandaran 1,530 ekar itu dijangka menjadi bandar pintar yang diilhamkan oleh alam semulajadi Malaysia dengan sistem transit pintar, perancangan mobiliti serta landskap mampan yang mewujudkan ekosistem sihat untuk masyarakat.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Gamuda Cove, boleh dapati di laman www.gamudaland.com.my atau lawati Galeri Pengalaman Gamuda Cove. Untuk maklumat lanjut mengenai Maxis, layari www.maxis.com.my.

Tags: 5gGamudamaxis
Najib

Najib

POPULAR

Maxis dan Gamuda bekerjasama bangun Bandar Pintar 5G

Maxis dan Gamuda bekerjasama bangun Bandar Pintar 5G

17 July 2019
CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

30 July 2026
Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

27 July 2026
Apple Upgrade: Kini boleh pajak iPhone, Mac dan iPad dengan bayaran dari USD11.99/bulan

Apple Upgrade: Kini boleh pajak iPhone, Mac dan iPad dengan bayaran dari USD11.99/bulan

29 July 2026
BYD Sealion 7 2026 dapat bateri lebih besar, pengecasan lebih pantas dan varian baharu

BYD Sealion 7 2026 dapat bateri lebih besar, pengecasan lebih pantas dan varian baharu

30 July 2026
Siri Google Pixel 11 bakal dilancar 12 Ogos: Bawa ciri lampu ‘Pixel Glow’ dan cip Tensor G6

Siri Google Pixel 11 bakal dilancar 12 Ogos: Bawa ciri lampu ‘Pixel Glow’ dan cip Tensor G6

31 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN