• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Xiaomi pertama kali sertai Fortune Global 500 sebagai syarikat termuda

  • OLEH Najib
  • 6:43 pm
  • 22/07/2019
  • Komen
Xiaomi pertama kali sertai Fortune Global 500 sebagai syarikat termuda
Share on FacebookShare on Twitter

Fortune Global 500 merupakan senarai 500 syarikat paling menguntungkan. Ia disusun oleh majalah Fortune setiap tahun, mengukur kejayaan syarikat berbanding setahun sebelumnya.

Tahun ini, Xiaomi telah berjaya memasuki senarai Fortune Global 500, di mana mereka diletakkan di tangga ke-468. Xiaomi mencatat keuntungan pendapatan sebanyak USD26,443.50 juta dengan keuntungan bersih sebanyak USD 2,049.10 juta pada tahun fiskal yang lepas.



Xiaomi juga merupakan syarikat paling muda dalam senarai Fortune Global 500 kali ini. Xiaomi lahir pada April 2010 dan kini berusia 9 tahun. Dalam kategori perkhidmatan internet dan peruncitan, Xiaomi menduduki tangga ke-7.

Pengasas, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Xiaomi, Lei Jun berkata, “Xiaomi mengambil masa 9 tahun untuk masuk ke senarai Fortune Global 500, kejayaan yang terhasil dari sokongan pengguna dan Mi Fan yang tiada henti. Kami juga menjadi syarikat paling muda dalam senarai tersebut, rekod yang sangat dibanggakan dan akan sentiasa diingati untuk dibawa ke tahap seterusnya dalam perkembangan global.”



“Sepanjang tahun lepas, kami telah membuat penambahbaikan dan pelarasan penting dalam teras strategi, struktur pengurusan, penyelidikan teknologi dan sistem pembangunan, barisan produk, perkembangan jenama, dan banyak lagi. Langkah-langkah ini telah memperkasa Xiaomi untuk terus bersinar, bahkan menghadapi persaingan sengit dari dalam negeri dan antarabangsa. Penghormatan ini tidak menandakan berakhirnya tugas kami, tetapi merupakan satu permulaan. Kami tetap komited untuk menghasilkan produk yang menakjubkan dan sangat inovatif pada harga yang jujur, seperti yang dinyatakan oleh falsafah kami, dalam usaha untuk memberi Mi Fans, pengguna dan pelabur menikmati kehidupan yang lebih baik.” tambah Lei Jun.

Menurut IDC pada Mac 2019, Xiaomi telah menjadi syarikat telefon pintar ke-4 terbesar dunia, berdasarkan jumlah jualan. Ia merupakan peningkatan sebanyak 32.3% berbanding tahun sebelumnya.

Selain itu, Xiaomi juga melabur di lebih 200 syarikat ekosistem di mana kebanyakannya memiliki pengkhususan dalam penghasilan produk pintar. Ini menjadikannya syarikat IoT pengguna terbesar di dunia dengan lebih 171 juta peranti IoT terhubung, tidak termasuk telefon pintar dan laptop, sehingga hujung Mac 2019.

Xiaomi kini telah berada di lebih 80 negara di seluruh dunia dan menduduki tangga ke-5 teratas di lebih 40 pasaran. Di India, Xiaomi merupakan jenama telefon pintar terbesar selama 7 suku tahun berturut-turut. Xiaomi menduduki tangga ke-4 di Eropah Barat dan sedang meningkat naik di pasaran baru Afrika dan Amerika Barat.

Xiaomi juga terus berkembang dalam bidang peruncitan dalam dan luar talian. Sehingga 31 Mac 2019, terdapat 480 Mi Store di luar China, di mana 110 darinya berada di Eropah dan 79 di India.

Sumber: Xiaomi

Tags: Fortune 500xiaomi
Najib

Najib

POPULAR

Xiaomi pertama kali sertai Fortune Global 500 sebagai syarikat termuda

Xiaomi pertama kali sertai Fortune Global 500 sebagai syarikat termuda

22 July 2019
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

10 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER