Saya berani katakan yang penanda aras untuk sebuah telefon gaming adalah siri ROG Phone daripada ASUS. Bukan hendak menidakkan usaha Razer turut bersaing, tapi hakikat yang ia menggunakan SoC Flagship yang sudah outdated menyebabkannya terkeluar daripada pertimbangan ramai orang.
Terbaru, ASUS telah mengumumkan ROG Phone II untuk pasak kedudukan mereka selaku piawaian sejagat sebuah mesin gaming mudah alih. Tapi adakah ia adalah tambah baik yang signifikan berbanding yang asal?
Perbandingan ROG Phone II dengan Yang Asal
Yang paling ketara adalah fizikaliti Phone II. Paparan telefon terbaru ini hampir 10% lebih luas berbanding sebelumnya. Sungguhpun masih mengekalkan resolusi FHD+, panel AMOLED-nya miliki refresh rate 120Hz, kadar yang lebih tinggi berbanding yang lama. Hasilnya, kesan ghosting semasa bermain nyata akan dikurangkan.
Seperti biasa, ASUS menggunakan SoC yang unik pada telefon gaming mereka. Kali ini mereka mengenakan Snapdragon 855+ untuk memacu pengalaman gaming superpadu. Bezanya 855+ dengan 855 biasa adalah pada clockspeed CPU dan GPU yang telah di-overclock.
Bagi menangani masalah haba yang terhasil, mereka telah menambah baik aksesori AeroActive Cooler II akan membasmi thermal throttling semasa beroperasi. Tak cukup dengan itu, ROG Phone II dibekalkan 6,000mAh bateri, 50% lebih besar berbanding dulu. Sudah tentu waktu bermainnya nyata lebih lama.
Walaupun ROG Phone tak terkenal dengan kompnen kamera, ASUS tetap menambah baik bahagian ini. Anda disajikan dengan dua kamera belakang yang masing-masing diperkasa sensor 48MP dan 13MP (lensa wide). Swafoto diambil dengan kamera 20MP
Kenapa Pocophone akan lebih laku?
Tentulah pada harga. Pocophone F1 yang miliki SoC setara dengan ROG Phone pertama dilancarkan pada harga RM1,299 ataupun hampir 2.7 kali ganda lebih mahal.
Tapi Pocophone banyak mencatut dalam pelbagai bahagian selain SoC. Yang pertama adalah binaan plastik, speaker tak stereo, pengecasan tak sepantas ROG, dan banyak lagi.
Saya jangkakan perkara yang sama pastinya berlaku dengan Pocophone F2 kelak tapi ROG tetap akan jadi sumber inspirasi kepada telefon gaming yang lain.