• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Adik pintar cipta sendiri powerbank untuk abang

  • OLEH Najib
  • 4:28 pm
  • 25/07/2019
  • Komen
Adik pintar cipta sendiri powerbank untuk abang
Share on FacebookShare on Twitter

Hasrat seorang abang untuk membeli powerbank selepas mendapat gaji tidak kesampaian, apabila adiknya menghadiahkan powerbank yang dicipta sendiri. Perkara ini dikicaukan oleh pengguna twitter @Goodensora.

Pada mulanya, beliau bercerita kepada adiknya tentang keinginannya untuk membeli powerbank. Tetapi beliau hanya boleh membelinya selepas mendapat gaji.



Selepas pulang dari kerja hari itu, adik beliau mengatakan telah membeli powerbank untuknya. Seterusnya menunjukkan powerbank yang diciptanya. Ia diperbuat dari kadbod dengan bateri di dalamnya.

https://twitter.com/Goodensora/status/1153311754245382146

Beliau berterima kasih kepada adiknya dengan hadiah powerbank ini dan mahu belanja makan McD seperti yang telah dijanjikan.



Disebabkan banyak persoalan warga twitter yang bertanyakan sama ada ia berfungsi atau tidak, Goodensora berkongsi sebuah video yang menunjukkan powerbank tersebut mengecas sebuah telefon pintar. Kelihatan ianya berfungsi.

https://twitter.com/Goodensora/status/1153653291328270336

Beliau juga mengatakan, adiknya akan memperbaiki rekaan powerbank ciptaannya itu. Adiknya yang dipanggil Ayep, merupakan pelajar Tingkatan 2, Sekolah Sultan Ismail, Johor Bahru.

Anda rasa boleh cipta powerbank sendiri macam Ayep ni? Boleh kongsikan caranya? Jimat atau tidak itu persoalan lain tetapi kreativitinya untuk mencipta adalah satu usaha yang harus diberi kepujian.

Sumber: Malay Mail

Tags: powerbank
Najib

Najib

POPULAR

Adik pintar cipta sendiri powerbank untuk abang

Adik pintar cipta sendiri powerbank untuk abang

25 July 2019
Xiaomi lancarkan tiga peranti boleh pakai baharu di Malaysia, harga dari RM199

Xiaomi lancarkan tiga peranti boleh pakai baharu di Malaysia, harga dari RM199

27 November 2026
MySiren: Ujian amaran kecemasan seluruh negara berlangsung pada 29 November

MySiren: Ujian amaran kecemasan seluruh negara berlangsung pada 29 November

23 November 2026
Honor Pad X9b Max: Tablet 13″ diiktiraf IMAX Enhanced, bateri 10,100mAh pada RM1,499

Honor Pad X9b Max: Tablet 13″ diiktiraf IMAX Enhanced, bateri 10,100mAh pada RM1,499

25 November 2026
CIMB Islamic perkenal Zakat365 Lite dan Faraid360 untuk urusan zakat dan harta pusaka

CIMB Islamic perkenal Zakat365 Lite dan Faraid360 untuk urusan zakat dan harta pusaka

25 November 2026
Tune Talk peroleh lesen daripada MCMC untuk miliki dan kendalikan infrastruktur rangkaian

Tune Talk peroleh lesen daripada MCMC untuk miliki dan kendalikan infrastruktur rangkaian

22 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN