• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Cara kamera Galaxy A80 berputar dari belakang ke depan sangat unik

  • OLEH Najib
  • 1:26 pm
  • 26/07/2019
  • Komen
Cara kamera Galaxy A80 berputar dari belakang ke depan sangat unik
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung pertama kali memperkenalkan telefon pintar dengan kamera berputar menerusi Galaxy A80. Ia membolehkan skrin digunakan sepenuhnya, tanpa gangguan takuk mahupun lubang untuk kamera. Ini kerana modul berputar membolehkan kamera belakang yang sama, digunakan sebagai kamera depan untuk mengambil swafoto.

Tetapi modul kamera berputar di Galaxy A80 kelihatan agak kompleks. Modul kameranya bergerak sendiri ke atas, kemudian memutarkan kamera ke depan. Apabila ia turun, ia berputar sendiri kembali ke belakang.



Menurut Samsung, kebiasannya cara ini memerlukan dua motor – satu untuk menaikkan modul ke atas dan satu lagi untuk memutarkan kamera. Tetapi menggunakan dua motor akan menjadikan saiz telefon terlalu besar.

Untuk itu, Samsung telah mencipta satu penyelesaian yang menggunakan hanya satu motor, bersama ‘gigi’ berkunci, landasan dan cangkuk. Ini memastikan ia tidak tersilap langkah semasa berputar. Tidak awal sikit dan tidak lewat sikit, tepat pada tempatnya.



Apabila tidak digunakan, modul tiga kamera ini akan mengadap belakang dan duduk tetap di dalam mekanisma raknya. Apabila mod swafoto diaktifkan, mekanisma ini akan menggelungsur ke atas dan apabila modul ini dikunci pada landasan, kamera akan berputar ke depan dan ditetapkan kedudukannya oleh gigi rak.

https://youtu.be/iULao8DZXtw

Modul tiga kamera di Galaxy A80 merupakan gandingan kamera utama 48MP, kamera ultra lebar 8MP dan kamera pengesan kedalaman 3D, yang digunakan dalam fungsi Live Focus dan Live Focus Video. Live Focus mencipta efek bokeh yang mengkaburkan latar dan menjadikan hanya subjek yang tajam.

Samsung menyatakan, mereka telah membuat pelbagai ujian menerusi senario berasingan untuk memastikan pengguna menerima pengalaman terbaik sepanjang masa. Cuma, Samsung tidak pula memberitahu sebarang nombor atau jenis ujian yang telah dilakukan. Seperti di Galaxy Fold, Samsung telah menguji skrinnya dilipat sebanyak 200,000 kali.

Telefon pintar Samsung Galaxy A80 telah dijual di Malaysia dengan harga RM2,499. Ia datang bersama RAM 8GB dan storan dalaman 128GB. Terdapat tiga warna boleh dipilih iaitu Hitam, Emas dan Putih.

Sumber: Samsung

Tags: Galaxy A80samsung
Najib

Najib

POPULAR

Cara kamera Galaxy A80 berputar dari belakang ke depan sangat unik

Cara kamera Galaxy A80 berputar dari belakang ke depan sangat unik

26 July 2019
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN