• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Harga rasmi Mi A3 128GB di Malaysia tidak akan melebihi RM1,000

  • OLEH Najib
  • 2:51 pm
  • 26/07/2019
  • Komen
Set Malaysia Mi A3 Bakal Diumumkan Dalam Bulan Julai 2019
Share on FacebookShare on Twitter

Telefon pintar Android One terbaru Xiaomi, Mi A3 telah dijadualkan pelancarannya di Malaysia pada hari Rabu depan, 31 Julai 2019. Kini kita telah menerima berita bahawa harga jualannya tidak akan melebihi RM1,000.

Seperti biasa, penjual DirectD telah memuat naik petunjuk jualan set rasmi Mi A3 di kedai mereka pada awal bulan Ogos. Bersama itu, mereka turut menyatakan harganya iaitu:



  • Mi A3 (RAM 4GB + Storan 64GB) – RMx99
  • Mi A3 (RAM 4GB + Storan 128GB) – RMx99

Walaupun tidak menerangkan harga sebenar, tiga angka itu sudah cukup memberitahu bahawa Mi A3 dengan storan 128GB akan dijual di bawah RM1,000.

Untuk perbandingan, di Sepanyol Mi A3 telah dijual pada harga €249 (~RM1,150) untuk storan 64GB dan €279 (~RM1,288) bagi storan 128GB. Harga di Eropah memang selalunya jauh lebih tinggi dari Malaysia kerana cukai yang mahal di sana. Syukurkan tinggal di Malaysia.



Mi A3 ialah telefon pintar terbaru Xiaomi yang dikuasakan Android asli menerusi program Android One. Skrinnya berukuran 6.088-inci dari jenis AMOLED, tetapi resolusi hanya HD+.

Ia dikuasakan pemproses Snapdragon 665 bersama dengan tenaga dari bateri 4,030mAh yang mengecas melalui USB-C. Terdapat tiga kamera di belakang, diterajui kamera utama 48MP bersama kamera ultra lebar dan pengesan kedalaman.

Mi A3 akan dilancarkan di Malaysia pada 31 Julai, jadi nantikan laporan dari kami di majlis pelancarannya kelak.

Kenali Mi A3 dengan lebih dekat dalam pembongkaran kami di sini, atau menerusi video buka kotak kami di bawah ini.

Sumber: DirectD

Tags: Mi A3xiaomi
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Set Malaysia Mi A3 Bakal Diumumkan Dalam Bulan Julai 2019

Harga rasmi Mi A3 128GB di Malaysia tidak akan melebihi RM1,000

26 July 2019
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN