• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Skrin Air Terjun Oppo hampir tiada bingkai kelihatan

  • OLEH Najib
  • 5:15 pm
  • 31/07/2019
  • Komen
Skrin Air Terjun Oppo hampir tiada bingkai kelihatan
Share on FacebookShare on Twitter

Tidak salah jika mahu mengatakan Oppo sebagai peneraju teknologi di telefon pintar kerana mereka tidak berhenti-henti memperkenalkan teknologi baru dalam peranti keluarannya. Baru bulan lepas mereka memperlihatkan teknologi kamera di dalam skrin, kini mereka memperkenalkan skrin “air terjun”.

Oppo memperkenalkan kepada khalayak sebuah prototaip telefon pintar mereka dengan skrin waterfall, atau air terjun. Namanya datang kerana skrin ini tiada bingkai di kedua belah sisi. Skrin ini melengkung di tepi sehingga 88-darjah, membuatkan bingkai tidak kelihatan jika dilihat terus dari hadapan.



Ini memberikan rupa yang lebih premium daripada telefon pintar skrin penuh mereka, Oppo Find X.

Tetapi Oppo tidak berkongsi lebih lanjut tentang peranti prototaip ini.



Pembocor berita Ice Universe, berkongsi sebuah video yang menunjukkan penggunaan peranti prototaip Oppo dengan skrin Waterfall ini. Dapat dilihat bagaimana skrinnya memanjang hingga ke hujung dengan bingkai sangat kecil, yang boleh dilihat dengan jelas dari tepi, bukan dari depan.

OPPO "Waterfall Screen" mobile phone demo(1) pic.twitter.com/s3qEXCp6QS

— ICE UNIVERSE (@UniverseIce) July 29, 2019

Ice Universe tidak berhenti di situ saja. Menurut beliau, Vivo juga sedang membangunkan peranti dengan skrin yang hampir sama dengan skrin Waterfall Oppo. Ini tidak mengejutkan kerana hubungan Oppo dan Vivo memang sangat rapat, sehingga mereka sering berkongsi teknologi dengan rekaan peranti yang hampir sama juga.

The vivo NEX 3 is probably the highest screen-to-body ratio phone in 2019. The Screen-to-body Ratio is over 100% based on the “display area/projected area” calculation method. pic.twitter.com/B0cZ2XgzE7

— ICE UNIVERSE (@UniverseIce) July 25, 2019

Kemaraan teknologi dari pengeluar China semakin hari semakin canggih. Agaknya berapa lama lagi Samsung boleh bertahan di takhta teratas pengeluar telefon pintar?

Sumber: Oppo, Engadget

Tags: oppoOppo Waterfall
Najib

Najib

POPULAR

Skrin Air Terjun Oppo hampir tiada bingkai kelihatan

Skrin Air Terjun Oppo hampir tiada bingkai kelihatan

31 July 2019
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
BUDI Madani Diesel: Subsidi RM2.10/L bermula 1 Julai, kuota 200L dikongsi bersama RON95

BUDI Madani Diesel: Subsidi RM2.10/L bermula 1 Julai, kuota 200L dikongsi bersama RON95

23 June 2026
Astro perkenal pakej penstriman baharu Disney+, Prime Video & Viu dari RM15/bulan

Astro perkenal pakej penstriman baharu Disney+, Prime Video & Viu dari RM15/bulan

24 June 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Steam Machine kini rasmi: Konsol PC Valve harga lebih mahal daripada PS5 Pro

Steam Machine kini rasmi: Konsol PC Valve harga lebih mahal daripada PS5 Pro

23 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN