• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Teknologi Audio

Sony perkenal fon kepala WH-XB900N dengan Bass terlampau

  • OLEH Najib
  • 12:37 pm
  • 16/08/2019
  • Komen
Sony perkenal fon kepala WH-XB900N dengan Bass terlampau
Share on FacebookShare on Twitter

Buat peminat bunyi Bass yang mahu menghayati suasana bunyi menyendiri, Sony kini memperkenalkan fon kepala WH-XB900N EXTRA BASS. Ia merupakan fon kepala tanpa wayar dari siri EXTRA BASS, dengan keupayaan pembatalan bunyi hingar (noise cancelling) digital pada harga lebih mampu dimiliki dari model WH-1000XM3.

Rekaan XB900N kelihatan hampir sama dengan 1000XM3 dengan penggunaan yang serupa. Kawalan bunyi dan juga memain atau menghentikan lagu, boleh dibuat secara sentuhan di bahagian kanan.



Pengecasan dibuat melalui port USB-C, menyokong pengecasan pantas yang boleh memberikan tenaga 1 jam dengan hanya 10 minit mengecas. Fon kepala ini memiliki tenaga penggunaan sehingga 30 jam dengan pengecasan penuh, untuk menikmati lagu kegemaran tanpa wayar.

XB900N juga menyokong penggunaan pembantu maya seperti Google Assistant, Amazon Alex dan Apple Siri. Ia membolehkan pengguna mendapatkan bantuan digital tanpa tangan, semuanya dilakukan dengan kawalan suara sahaja.



Fon kepala Sony WH-XB900N kini telah dijual di Malaysia pada harga RM999 sahaja, dengan dua warna iaitu biru dan hitam. Ia boleh dibeli di Stor Sony dan pengedar sah di seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut, semak laman produk Sony WH-XB900N.

Tags: extra bassSonyWH-XB900N
Najib

Najib

POPULAR

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Sony perkenal fon kepala WH-XB900N dengan Bass terlampau

Sony perkenal fon kepala WH-XB900N dengan Bass terlampau

16 August 2019
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER