• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama AirAsia

AirAsia mansuh caj pemprosesan penerbangan di Malaysia serta di Thailand, Indonesia dan Filipina

  • OLEH Najib
  • 1:51 pm
  • 19/08/2019
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti yang telah dimaklumkan lebih awal oleh Tony Fernandes, AirAsia kini mengumumkan mereka akan memansuhkan caj pemprosesan di Malaysia bagi tempahan bermula 1 Oktober 2019. Bayaran pemprosesan adalah caj yang berkaitan dengan pentadbiran, penyelenggaran dan kos pembangunan sistem dalam talian AirAsia bagi memastikan tempahan yang selamat.

Selama ini, ramai pengguna yang merungut tentang caj pemprosesan AirAsia yang didakwa bertentangan dengan peraturan Bank Negara Malaysia di mana peniaga tidak boleh mengenakan caj tambahan kepada pengguna yang membuat bayaran menggunakan kad debit/kredit. Setelah sekian lama, AirAsia akhirnya akur dengan peraturan tersebut.



Caj pemprosesan RM24 dikenakan untuk pembayaran menggunakan kad kredit

Bagaimanapun, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) menyatakan, AirAsia mungkin akan didenda kerana peraturan untuk menghapuskan caj pemprosesan sepatutnya bermula pada 1 Jun 2019, selaras dengan Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016 (MACPC).

Presiden (Penerbangan) AirAsia Group, Bo Lingam berkata, “AirAsia sinonim dengan tawaran perjalanan udara yang berpatutan, dan kami berharap dengan memansuhkan bayaran ini, kami dapat memegang teguh kepada slogan kami – kini sesiapa pun boleh terbang. Kami rasa tindakan ini amat berpatutan lebih-lebih lagi dengan caj perkhidmatan penumpang yang lebih mahal di KLIA2. Kami ingin mengurangkan kos perjalanan untuk para tetamu kami dan percaya inisiatif ini dapat membantu mereka.”



“Sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 pada tahun depan, kami juga berharap untuk menggalakkan lebih ramai pelancong terbang ke dan dalam Malaysia serta membantu menjayakan kempen ini. Kami harap untuk terus memacu industri pelancongan dan ekonomi Malaysia, dan ini merupakan salah satu cara kami untuk menyumbang kepada negara.”

AirAsia juga akan memansuhkan bayaran pemprosesan di Thailand, Indonesia, Filipina mulai 31 Disember 2019.

Sumber: AirAsia

Tags: AirAsia
Najib

Najib

POPULAR

AirAsia mansuh caj pemprosesan penerbangan di Malaysia serta di Thailand, Indonesia dan Filipina

19 August 2019
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

24 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026
Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

28 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN