• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Projek telefon murah Android Go bermula bulan ini

  • OLEH Najib
  • 5:48 pm
  • 05/01/2018
  • Komen
Projek telefon murah Android Go bermula bulan ini
Share on FacebookShare on Twitter

Sistem operasi (OS) terbaru Android, Oreo 8.0 tampil dengan satu ciri menarik yang dipanggil Android Go. Ia membolehkan OS terbaru Android ini dijalankan di telefon pintar yang berkuasa rendah, walaupun dengan RAM 512MB dan storan dalaman 8GB.

Bagi merealisasikan projek menghasilkan telefon murah dengan OS terkini, Google dilaporkan telah bekerjasama dengan beberapa pengeluar telefon pintar di India. India merupakan pasaran terbaik kerana peranti kelas rendah adalah pilihan utama majoriti penduduk di sana.



Google dilaporkan telah mendapatkan kerjasama dari jenama seperti Micromax, Lava, Intex, dan Karbonn untuk menghasilkan telefon pintar Android Go dengan harga serendah Rs2,000 atau sekitar RM126 sahaja.

Tambah laporan itu lagi, telefon pintar Android Go ini akan mula dijual seawal akhir bulan Januari ini dari satu pengeluar, dan diikuti pengeluar lain dalam masa terdekat.



Android Go menampilkan aplikasi khas bersiz kecil, kurang memakan ruang storan dan tenaga, membuatkan ia berjalan lancar walaupun dengan perkakas berkuasa rendah.

Sebenarnya ini bukanlah kali pertama Google mengusahakan projek telefon berkuasa rendah dan murah. Sebelum Android Go dilancarkan, Google pernah memperkenalkan Android One.

Ia mempunyai sasaran yang sama, iaitu telefon pintar berkuasa rendah, menjalankan OS Android tulen serta harga yang amat murah. India turut menjadi pilihan pasaran Android One, tetapi ia kelihatan kurang berjaya.

Jika projek Android Go berjaya di India, kita pasti dapat melihat telefon pintar Android Go yang murah dipasarkan ke seluruh dunia, termasuk di Malaysia.

Sementara menanti ketibaannya, untuk mereka yang menggunakan telefon pintar berkuasa rendah tetapi mahu menggunakan aplikasi mudah alih dengan lancar, apa kata semak panduan kami di dalam artikel: 5 Aplikasi Terbaik Untuk Jimat Data Dan Storan Di Telefon Android.

[Sumber: AndroidCommunity]

Tags: Android AsliAndroid GoAndroid TulenGoogleGoogle IndiaTelefon Murah
Najib

Najib

POPULAR

Projek telefon murah Android Go bermula bulan ini

Projek telefon murah Android Go bermula bulan ini

5 January 2018
Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

20 February 2026
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Huawei Band 11 & 11 Pro: Skrin lebih cerah & ada GPS terbina, harga bermula RM149

Huawei Band 11 & 11 Pro: Skrin lebih cerah & ada GPS terbina, harga bermula RM149

24 February 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN