• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

HTC U11+ pembuka lembaran telefon pintar tahun 2018

  • OLEH Najib
  • 8:22 pm
  • 05/01/2018
  • Komen
HTC U11+ pembuka lembaran telefon pintar tahun 2018
Share on FacebookShare on Twitter

Peminat HTC di Malaysia boleh bergembira awal tahun ini kerana telefon pintar terbaik HTC yang diumumkan akhir tahun lepas, akan tiba tidak lama lagi di sini. Pengedar HTC U11+ di Malaysia, Brightstar telah mengeluarkan jemputan ke acara berkaitannya.

Brightstar menjemput media untuk hadir ke sesi previu HTC U11+ pada hari Khamis depan, 11 Januari 2018 jam 2 petang. Dijangkakan tarikh dan harga jualan HTC U11+ di Malaysia akan diumumkan pada acara tersebut.



HTC U11+ adalah sebuah telefon yang besar, dengan skrin 18:9 bersaiz 6-inci, serta resolusi tinggi QHD+ 2880×1440. Saiz badan yang besar, membolehkan bateri sebesar 3,930mAh dipasang di dalamnya. Bateri ini menyokong pengecasan pantas QuickCharge 3.0.

Telefon ini memang perkasa kerana ia memiliki pemproses Snapdragon 835, bergandingan dengan pilihan 4GB RAM & 64GB storan, atau 6GB RAM & 128GB storan. Ia kalis air IP68 dan menjalankan sistem operasi Android 8.0 terbaru.



HTC masih menggunakan sistem satu kamera belakang, iaitu sensor UltraPixel 3 12MP f/1.7 yang disertakan penstabil imej optikal (OIS). Kamera hadapan pula 8MP f/2.0.

Fungsi unik ‘Edge Sense’ di mana pengguna boleh menjalankan arahan dengan menggenggam telefon juga terdapat di dalam U11+. Sistem bunyi stereo Boom Sound Hi-Fi menjadi tulang belakang audio, dan HTC memberi fon kepala HTC USonic USB-C dengan penyaring bunyi bising aktif (ANC) memandangkan tiada port audio 3.5mm padanya.

HTC U11+ telah pun dijual di Taiwan dengan tanda harga TWD19,900 (~RM2696) bagi versi 4GB/64GB dan TWD21,900 (~RM2,967) bagi model 6GB/128GB. Memandangkan model sebelum ini, HTC U11 dilancarkan di Malaysia pada harga RM3,099, dijangkakan HTC U11+ 6GB/128GB akan dijual pada harga ini.

Sama-sama kita nantikan pengumumannya minggu hadapan. Tak sabar rasanya nak pegang HCT U11+ versi lutsinar tu, nampak sangat mengancam.

Tags: HTChtc malaysiaHTC U11+HTC U11+ Malaysia
Najib

Najib

POPULAR

Proton e.MAS 5: EV paling mampu milik Malaysia dilancar, dari RM56,800

Proton e.MAS 5: Kos servis 10 tahun tak sampai RM2,500, ini butirannya

1 November 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025
Infobip Shift bakal debut di Asia, Kuala Lumpur jadi tuan rumah November ini

Infobip Shift bakal debut di Asia, Kuala Lumpur jadi tuan rumah November ini

22 October 2025
HTC U11+ pembuka lembaran telefon pintar tahun 2018

HTC U11+ pembuka lembaran telefon pintar tahun 2018

5 January 2018
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Siri Oppo Find X9 tiba di Malaysia dengan kamera Hasselblad 200MP & cip Dimensity 9500

Siri Oppo Find X9 tiba di Malaysia dengan kamera Hasselblad 200MP & cip Dimensity 9500

29 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER