Laptop, kalau tak hadir dalam kemasa hitam, tentunya berawrna kelabu. Komputer yang temani anda sepanjang hari tak sepatutnya suram dan jika anda mhukan laptop yang lebih ceria, Asus ada kemas kini Vivobook S mereka untuk jadikannya bukan saja ceria, tapi ada keupayaan yang baik.
Ada dua model laptop yang boleh anda pilih iaitu VivoBook S15 dan S14. Mereka hadir dalam warna-warna menarik selain warna konvesional hitam dan perak. Ada boleh dapatkan VivoBook S dalam warna biru, merah jambu, dan hijau.
Untuk saiz yang terbesar, Vivo S15 miliki berat cuma 1.8kg yang bermakna ia ada tahap porabiliti yang tinggi antara yang terbaik dalam kelasnya. Di bahagian muka, paparannya berbingkai nipis dengan liputan sehingga 88% dan ia ada resolusi HD Penuh, sama seperti saudara S14-nya.
Salah satu ciri unik laptop ini adalah ErgoLift yang menambah baik pengalaman menaip anda. Bila anda buka panel laptop untuk mula bekerja, ada penyangga khas di belakang paparan yang akan menongkat naik bahagian papan kekunci ke sudut yang lebih tinggi. Jadi, papan kekunci tak lagi terhampar mendatar ketika menaip.
VivoBook S15 dan S14 hadir dengan konfigurasi yang hampir serupa. Di bahagian CPU, S15 ada Core i5-8265U dengan RAM 4GB (boleh diperluas sehingga 12GB) serta storan SSD seluas 512GB (boleh diperluas). S14 ada CPU lebih berkuasa iaitu Core i&-8565U dengan RAM 8GB dan storan 512GB. Kedua-duanya boleh diperluas jika perlu.
Sejumlah I/O boleh anda juma di bahagian sisi laptop seperti USB-C, USB-A, HDMI, jek audio 3.5 dan pembaca kad SD. Walaupun S15 ada saiz yang lebih besar, ia ada bateri yang sedikit kecil iaitu 42Whr saja berbanding 45Whr pada S14.
Harga
Kedua-dua Vivobook S15 dan S14 sudah mula dijual di Malaysia pada harga seperti berikut:
- VivoBook S15 – RM3,199
- VivoBook S14 – RM3,899