• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

TM bantu Digi luaskan capaian dan pertingkat prestasi rangkaian

  • OLEH Najib
  • 7:19 pm
  • 03/10/2019
  • Komen
TM bantu Digi luaskan capaian dan pertingkat prestasi rangkaian
Share on FacebookShare on Twitter

Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) dan TM GLOBAL, unit Global dan Borong bagi Telekom Malaysia Berhad (TM) hari ini menandatangani kerjasama yang penting dalam industri telekomunikasi Negara. Kolaborasi secara rasmi ini akan meningkatkan capaian internet di seluruh negara, satu lagi langkah berterusan untuk menyokong Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) oleh Kerajaan Malaysia.

Perjanjian tersebut ditandatangani oleh Amar Huzaimi Md Deris, Naib Presiden Eksekutif TM GLOBAL bersama Alex Foo, Ketua Strategi dan Transformasi Digi. Turut hadir menyaksikan majlis tersebut adalah Al-Ishsal Ishak, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMMM), Dato’ Noor Kamarul Anuar Nuruddin, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, TM dan Albern Murty, Ketua Pegawai Eksekutif Digi.



Dalam perjanjian ini, TM GLOBAL dan Digi akan berkongsi kepakaran dan keupayaan masing-masing melalui tiga perkara utama.

Pertama, Digi berpeluang menggunakan Sistem Kabel Rakyat Malaysia (SKRM), sistem kabel dasar laut antara Malaysia Timur dan Malaysia Barat yang dibangunkan secara bersama antara TM dan SKMM. Sistem kabel itu menggunakan teknologi 100Gbps pada kapasiti permulaan sebanyak 4 Terabit sesaat (Tbps) dan boleh ditingkatkan kepada 12.8Tbps. TM GLOBAL akan memenuhi keperluan transmisi kapasiti Digi yang tinggi ke Malaysia Timur.



Kedua, Digi akan mendapat akses ke lebih 7,000 hotspot TM di seluruh negara untuk menyediakan sambungan WiFi kepada orang ramai, melengkapi keperluan pengguna terhadap akses internet di mana jua.

Ketiga, TM Global dan DIGI akan bekerjasama melengkapkan sambungan akhir di Kampung Mat Daling, Pahang, satu lagi projek di bawah inisiatif Penyediaan Perkhidmatan Sejagat (USP) yang melibatkan fiberisasi rangkaian TM, memperluaskan jangkauan internet ke kawasan yang masih belum menerima perkhidmatan.

Kerjasama ini adalah contoh yang baik sebagai menyahut seruan Kerajaan untuk mengelakkan pertindihan infrastruktur rangkaian yang tidak perlu dan sebaliknya, memberi tumpuan kepada melaksanakannya di kawasan yang penting, serta memperbaiki akses dan pengalaman pelanggan di kawasan-kawasan tersebut. Ia akan memberi manfaat besar buat pengguna dan perniagaan, sekaligus meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara menerusi sambungan yang lebih pantas dan meluas ke seluruh negara.

Tags: digiNFCPTelekom MalaysiaTM
Najib

Najib

POPULAR

TM bantu Digi luaskan capaian dan pertingkat prestasi rangkaian

TM bantu Digi luaskan capaian dan pertingkat prestasi rangkaian

3 October 2019
Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

6 April 2026
U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

8 April 2026
Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

10 April 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Vivo V70 FE Malaysia: Telefon bawah RM2,000 dengan bateri 7,000mAh dan kamera 200MP

Vivo V70 FE Malaysia: Telefon bawah RM2,000 dengan bateri 7,000mAh dan kamera 200MP

10 April 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN