• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

TM berhenti guna HyppTV dan HyppTV Everywhere

  • OLEH Najib
  • 1:34 pm
  • 09/01/2018
  • Komen
TM berhenti guna HyppTV dan HyppTV Everywhere
Share on FacebookShare on Twitter

TM sebelum ini telah menamatkan penggunaan nama webe apabila menukarkan nama rangkaiannya kepada unifi. Hari ini, beberapa pengguna unifi menerima SMS yang menyatakan perkhidmatan IPTV oleh TM, iaitu HyppTV dan HyppTV Everywhere akan dihentikan penggunaannya.

SMS tersebut menyatakan, berkuatkuasa 12 Januari 2018, HyppTV dan HyppTV Everywhere akan ditukar namanya kepada unifi TV dan unifi playTV. Ia dilihat sama seperti apa yang dilakukan terhadap webe, untuk menyelaraskan semua servis internet TM kepada satu nama, iaitu unifi.



Di dalam SMS itu, terdapat satu pautan untuk maklumat lanjut iaitu i.unifi.my/tvrebrand. Di situ, terdapat FAQ yang menjawab beberapa persoalan. Antaranya, pengguna HyppTV sedia ada akan terus menikmati pakej yang telah mereka langgan, tiada sebarang perubahan.

Pengguna juga tidak perlu risaukan tentang bil kerana tiada perubahan caj. Bagaimanapun nama HyppTV dan unifi di dalam bil akan diubah mengikut fasa. Kata laluan untuk IPTV juga tiada penukaran.



Jika ada sebarang pertanyaan tentang unifi TV ini, pengguna masih boleh menghubungi pusat bantuan TM melalui livechat di lamanweb, mendail 100 atau pergi ke mana-mana TMpoints.

Tags: HyppTVHyppTV EverywhereTMTM IPTVTV InternetUnifiunifi playTVunifi TV
Najib

Najib

POPULAR

TM berhenti guna HyppTV dan HyppTV Everywhere

TM berhenti guna HyppTV dan HyppTV Everywhere

9 January 2018
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN