• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pengecas 100W Xiaomi akan digunakan tahun depan, cas 4000mAh dalam masa 17 minit

  • OLEH Najib
  • 1:06 pm
  • 20/11/2019
  • Komen
Pengecas 100W Xiaomi akan digunakan tahun depan, cas 4000mAh dalam masa 17 minit
Share on FacebookShare on Twitter

Pada bulan Mac lepas, Xiaomi telah berkongsi sebuah video yang memaparkan teknologi pengecasan pantas 100W. Dengan kuasa sebesar ini, ia boleh mengecas bateri 4,000mAh dalam masa 17 minit sahaja.

Xiaomi kini mengesahkan bahawa teknologi ini akan mula digunakan di peranti mereka bermula tahun hadapan. Perkara ini dibentangkan dalam Persidangan Pembangun Xiaomi, menerangkan lebih lanjut mengenai teknologi pengecasan terpantas ini.



Pengecas 100W ini akan dipanggil sebagai Mi 100W Super Charge Turbo. Ia dilengkapi 9 lapisan keselamatan di mana 7 darinya dipasang di papan induk pengecas dan 2 lagi di bateri. Pengecas ini juga direka bersama pengecas wayarles terbina di dalamnya serta struktur bateri yang menawarkan kadar rintangan rendah, rendah suhu dan kadar mengecas lebih pantas.

Selain itu, Xiaomi juga menggunakan perisian dan teknologi perkakas dengan keselamatan tertinggi serta rekaan kunci enkripsi peribadi.



Walaupun mengumumkan ia akan digunakan tahun hadapan, tidak pula diterangkan peranti apakah yang akan mula-mula menggunakannya. Ia mungkin dimuatkan dalam model flagship Xiaomi yang seterusnya, Mi 10 ataupun Redmi K30.

Sumber: IndiaShopps, Weibo 1, Weibo 2

Tags: pengecas 100Wxiaomi
Najib

Najib

POPULAR

Pengecas 100W Xiaomi akan digunakan tahun depan, cas 4000mAh dalam masa 17 minit

Pengecas 100W Xiaomi akan digunakan tahun depan, cas 4000mAh dalam masa 17 minit

20 November 2019
Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

3 July 2026
Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

6 July 2026
Astro perkenal Astro X3, pelan penstriman tanpa dekoder & kontrak, dari RM39.99/bulan

Astro perkenal Astro X3, pelan penstriman tanpa dekoder & kontrak, dari RM39.99/bulan

7 July 2026
Smart #5 Malaysia: Varian baharu bakal tiba tidak lama lagi?

Smart #5 Malaysia: Varian baharu bakal tiba tidak lama lagi?

8 July 2026
LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

29 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN