• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Ramly Burger akan mula terima pembayaran kad dan eWallet di semua cawangan

  • OLEH Najib
  • 7:42 pm
  • 02/12/2019
  • Komen
Ramly Burger akan mula terima pembayaran kad dan eWallet di semua cawangan
Share on FacebookShare on Twitter

Siapa yang tak kenal Ramly Burger kan. Ia adalah jenama yang mempopularkan jualan gerai burger tepi jalan milik rakyat Malaysia. Dalam berti terbaru, Ramly Group merancang untuk menggunakan pembayaran eWallet di cawangan kedai runcit mereka di seluruh Malaysia, menggunakan penyelesaian perbankan digital dari Perbankan Islam Hong Leong.

Dalam pengumuman tersebut, Ramly akan menggunakan penyelesaian tanpa tunai Perbankan Islamik Hong Leong iaitu terminal Point-of-Sale (POS) semua dalam satu di bistro, kedai dan kiosk di seluruh negara. Terminal ini membolehkan cawangant ersebut menerima semua jenis bayar kad serta kebanyakan penyedia eWallet seperti Boost, TNG eWallet, WeChat Pay, AliPay dan Samsung Pay.



Ramly Group dan Hong Leong Bank juga merancang untuk menyediakan pembayaran digital ini di warung dan gerai milik individu yang menggunakan jenama “Ramly Burger”. Kedua-dua pihak akan berusaha untuk menjayakan inisiatif ini bagi menjadikan perniagaan mikro menjadi sebahagian dari pembayaran digital.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutig Perbankan Islamik Hong Leong, Jasani Abdullah, “Salah satu kunci utama perbankan kami adalah membantu perkembangan industri Halal tempatan terutama di sektor makanan dan produk perbankan patuh Syariah, perkhidmatan dan penyelesaian sebagai teras. Industri Hala di Malaysia dan antarabangsa berkembang pesar di mana 60% darinya berkaitan industri makanan. Dengan adanya Ramly, sebuah jenama makanan Halal tempatan terkenal sebagai rakan perbankan menjadi satu titik penting dalam halatuju kami untuk menyokong industri Halal tempatan dan menjadi peneraju Perbankan Islamik Digital di Malaysia.”



Pengerusi dan Pengarah urusan Ramly Group, Dato’ Dr. Haji Ramly bin Mokni pula berkata, “Dalam usaha kami untuk mengembangkan lagi jenama Ramly ke fasa seterusnya, kami telah mengenal pasti keperluan untuk berubah ke arah model perniagaan digital memandangkan negara turut menuju ke arah ekonomi digital. Kami percaya dengan mengukuhkan lagi hubungan dengan Perbankan Islamik Hong Leong, kami boleh beroperasi dengan kos lebih baik dan efisyen bagi menarik minat pelanggan yang kini mencari pilihan pembayaran tanpa tunai.”

Tags: Hong Leong BankRamly Burger
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Ramly Burger akan mula terima pembayaran kad dan eWallet di semua cawangan

Ramly Burger akan mula terima pembayaran kad dan eWallet di semua cawangan

2 December 2019
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER