• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme 5s dengan kamera 48MP akan tiba di Malaysia minggu ini

  • OLEH Najib
  • 11:22 am
  • 09/12/2019
  • Komen
Realme 5s dengan kamera 48MP akan tiba di Malaysia minggu ini
Share on FacebookShare on Twitter

Momentum pelancaran produk baru Realme nampaknya masih belum pudar di Malaysia. Selepas melancarkan Realme 5, Realme 5 Pro, Realme XT dan terbaru Realme X2 Pro minggu lepas, Realme Malaysia sekali lagi akan mengadakan satu lagi majlis pelancaran produk baru mereka di Malaysia sebelum tamatnya tahun 2019.

Model terbaru tersebut ialah Realme 5s dan majlis pelancarannya di Malaysia akan diadakan pada 12 Disember 2019.



Kedudukan Realme 5s terletak di atas Realme 5 tetapi di bawah Realme 5 Pro. Sebenarnya, ia adalah telefon yang sama dengan Realme 5 tetapi berbeza hanya pada kamera sahaja. Realme 5 memiliki 4 kamera dengan kamera utama 12MP, manakala Realme 5s pula dipasang dengan kamera utama 48MP.

Lain-lain perkara adalah sama seperti kuasa Snapdragon 665, tetapi dijangka hanya satu model yang tiba di Malaysia iaitu RAM 4GB dan storan dalaman 128GB. Ini kerana ia telah dilancarkan di Indonesia bulan lepas dengan hanya satu spesifikasi ini sahaja.



Bateri di dalam telefon ini sangat besar iaitu 5,000mAh tetapi ia mengecas melalui port mikroUSB. Telefon ini memiliki pengimbas capjari di belakang dan masih mengekalkan jek audio 3.5mm serta sokongan kad mikroSD dalam slot tersendiri. Skrin telefon ini dari jenis LCD seluas 6.5-inci beresolusi HD sahaja.

Empat kamera di belakang Realme 5s ialah kamera utama 12MP F1.8, kamera ultra lebar 8MP F2.2, kamera potret 2MP F2.4 dan kamera makro 2MP F2.4. Kamera hadapan pula 13MP F2.0 dan terletak di dalam takuk kecil di atas skrin.

Untuk harganya,kita boleh membuat anggaran dari harga di Indonesia. Realme 5s dijual di Indonesia pada harga IDR2.700.000 (~RM798). Memandangkan Realme 5 dengan RAM 4GB dan storan 128GB dijual pada harga RM799 di Malaysia, kemungkinan besar Realme 5s dengan spesifikasi yang sama akan dijual lebih mahal, sekitar RM849 ke RM899.

Sama-sama kita nantikan majlis pelancarannya di Malaysia pada 12 Disember nanti.

Tags: RealmeRealme 5s
Najib

Najib

POPULAR

Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
Realme 5s dengan kamera 48MP akan tiba di Malaysia minggu ini

Realme 5s dengan kamera 48MP akan tiba di Malaysia minggu ini

9 December 2019
Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

3 July 2026
Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

6 July 2026
LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

29 June 2026
Astro perkenal Astro X3, pelan penstriman tanpa dekoder & kontrak, dari RM39.99/bulan

Astro perkenal Astro X3, pelan penstriman tanpa dekoder & kontrak, dari RM39.99/bulan

7 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN