• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Vivo V17: Maklumat Penjualannya Di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 3:48 pm
  • 17/12/2019
  • Komen
Vivo V17: Maklumat Penjualannya Di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Vivo Malaysia hari ini melancarkan telefon pintar baru, Vivo V17 yang dilengkapi 4 kamera belakang dan storan yang mega besar, 256GB. Susah nak dikatakan prestasinya di bawah Vivo V17 Pro kerana ia seperti memiliki lebih banyak kelebihan.

Kuasa penggerak telefon ini menggunakan cip Snapdraon 675, sama seperti di Vivo V17 Pro. RAM juga sama 8GB tetapi storan V17 lebih besar dari V17 Pro, iaitu 256GB. Malah, bateri V17 juga lebih besar, 4,500mAh dan turut sama menyokong pengecasan pantas 18W melalui USB-C.



Saiz skrin juga sama, berukuran 6.44-inci dari jenis Super AMOLED bersama pengimbas capjari dalam skrin, tetapi berbeza kedudukan kamera. V17 Pro menggunakan skrin penuh kerana kamera tersembunyi di dalam pop-up, manakala V17 menggunakan lubang kecil di atas skrin untuk memuatkan kamera hadapan 32MP. Lubang ini sangat kecil jika dibandingkan dengan Galaxy S10, menjadikannya hampir tidak kelihatan.

Di belakang, V17 memiliki 4 kamera yang disusun dalam bentuk L. Ia adalah kamera utama 48MP F1.8, kamera ultra lebar 8MP F2.2, kamera bokeh 2MP F2.2 dan kamera makro 2MP F2.4. Kamera ini boleh merakam video 4K dan menyokong penstabilan elektronik Super EIS.



Vivo menawarkan dua warna untuk V17 iaitu putih dan biru. Ia akan dijual di Malaysia pada harga RM1,699 bermula dari 21 Disember 2019.

Tempahan awal akan dibuka dari 17 disember 2019. Pembelian dalam tempoh ini, akan menerima rebat RM50. Bermakna bayar RM1,649 sahaja.

Lebih baik lagi, jika tempahan awal dibuat di vivo Concept Store antara 17-20 Disember 2019, akan menerima tambahan perlindungan skrin selama setahun, dan jaminan telefon tahun kedua.

Tags: vivovivo v17
Najib

Najib

POPULAR

Tune Talk Kini Lebih Dari Telco: Data, Drama & Game Semua Dalam Satu App

Tune Talk Kini Lebih Dari Telco: Data, Drama & Game Semua Dalam Satu App

5 July 2025
Vivo V17: Maklumat Penjualannya Di Malaysia

Vivo V17: Maklumat Penjualannya Di Malaysia

17 December 2019
Jangan Kena Scam: Ini cara tebus bantuan SARA RM100 dengan MyKad anda

Jangan Kena Scam: Ini cara tebus bantuan SARA RM100 dengan MyKad anda

27 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER