Kembar kepada Huawei Watch GT 2 kini sah masuki pasaran Malaysia. Berbekalkan ketahanan bateri sehingga 2 minggu lamanya. Ia adalah gajet hibrid yang menggabungkan jam tangan pintar dengan gelang kecergasan. Di Malaysia, ia boleh didapati pada harga bermula RM699 mengikut pada jenis tali.
Harga Honor Watch Magic:
- 46mm Charcoal Black – RM699
- 46mm Flax Brown – RM749
Honor hanya membawa masuk varian 46mm ke Malaysia dan boleh mula didapati pada 20 Disember 2019 ini untuk pilihan Charcoal Black. Varian Flax Brown akan dibawa masuk pada satu tarikh yang akan diumumkan kemudian.
Honor Watch Magic 2 ini hadir dengan paparan AMOLED sebesar 1.39″ yang peka sentuhan. Seperti yang diberitahu tadi, ia miliki hayat bateri sehingga 14 hari bergantung pada penggunaan. Antara ciri unik produk ini adalah ia miliki mikrofon dan speaker di atas badannya. Ia boleh digunakan untuk menjawab panggilan terus daripada pergelangan tangan.
Macam Huawei Watch GT2, ia menggunakan SoC Kirin A1 yang menyokong Bluetooth 5.1 serta GPS. Ketahanan airnya berada pada tahap 50 meter yang menjadikannya sesuai dibawa ketika aktiviti berenang.
Walaupun dia dan Huawei Watch GT2 menggunakan APP telefon yang sama, Watch Magic 2 menerima set muka jam yang berlainan. Tambahan lagi, fungsi Virtual Pacesetter yang ada padanya, tiada pada kembar Huawei-nya.