• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Dalam diam Samsung perkenal tablet 5G pertama mereka

  • OLEH Najib
  • 4:46 pm
  • 26/12/2019
  • Komen
Dalam diam Samsung perkenal tablet 5G pertama mereka
Share on FacebookShare on Twitter

Kini secara rasminya, Samsung telah melancarkan tablet 5G pertama di dunia. Tetapi Samsung seperti tidak mahu mewar-warkan berita tentangnya. Ini kerana tablet 5G pertama ini telah dimuat naik ke laman web Samsung Korea dalam diam, tanpa dikhabarkan dengan meluas.

Perkara berkenaan tablet pertama 5G dari Samsung ini telah diperkatakan buat beberapa ketika tetapi baru kini ia disahkan oleh Samsung. Tablet tersebut ialah Galaxy Tab S6 5G dengan nombor model SM-T866, berbeza dengan model 4G yang memiliki nombor model SM-T865.



Tablet 5G ini disenaraikan dalam laman promosi tablet Samsung Korea, dengan gambar yang serupa dengan Galaxy Tab S6 biasa. Bermakna, ia mungkin memiliki semua spesifikasi yang sama dengan Galaxy Tab S6 sebelum ini, dengan tambahan rangkaian 5G padanya.

Samsung tidak pula mengeluarkan kenyataan bilakah tablet 5G ini akan dijual di pasaran antarabangsa. Ia mungkin akan membuat kemunculan di pentas yang sama dengan Galaxy S10 Lite dan Galaxy Note 10 Lite, yang dikatakan akan dilancarkan semasa pameran CES 2020, yang bermula pada 7 Januari 2020.



Jika belum kenal, Galaxy Tab S6 adalah tablet yang memiliki skrin Super AMOLED berukuran 10.5-inci dengan resolusi WQXGA (2560×1600), serta pengimbas capjari di dalam skrin. Ia ada empat pembesar suara yang ditala bunyinya oleh AKG bersama teknologi bunyi sekeliling Dolby Atmos.

Di dalam, ia dikuasakan pemproses Snadpragon 855 bersama RAM sehingga 8GB dan storan sehingga 256GB. Kad mikroSD diterima untuk tambahan storan sehingga 1TB. Untuk kamera, ia ada dua kamera belakang iaitu kamera utama 13MP F2.2 dan kamera ultra lebar 5MP F2.0. Di hadapan pula menggunakan kamera 8MP F2.0.

Baterinya pula sebesar 7,040mAh dan menyokong pengecasan pantas melalui sambungan USB-C. Tetapi ia telah membuang jek audio 3.5mm, jadi pilihan untuk bunyi peribadi ialah melalui USB-C atau bluetooth.

Tablet terbaik Samsung ini juga datang bersama S-Pen yang boleh dicas secara magnetik di belakang badannya. Pengguna juga berpeluang untuk menambah papan kekunci dan trackpad menggunakan Keyboard Book Cover, menjadikannya berfungsi seperti laptop.

Di Malaysia, Galaxy Tab S6 dijual pada harga bermula dari RM3,099 dan Keyboard Book Cover pula berharga RM699. Jika versi 5G ini dijual di Malaysia kelak, harganya pasti lebih tinggi dari ini, atau sama harganya jika model bukan 5G ini diturunkan harga dahulu.

Sumber: Sammobile, Samsung Korea

Tags: samsungSamsung Galaxy Tab S6Samsung Galaxy Tab S6 5G
Najib

Najib

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Dalam diam Samsung perkenal tablet 5G pertama mereka

Dalam diam Samsung perkenal tablet 5G pertama mereka

26 December 2019
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

15 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026
Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

18 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN