• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Pegawai Polis ini berjaya “menangkap” perhatian Apple

  • OLEH Najib
  • 10:09 am
  • 17/01/2020
  • Komen
Pegawai Polis ini berjaya “menangkap” perhatian Apple
Share on FacebookShare on Twitter

Siapa sangka seorang pegawai polis yang bertugas di Terengganu, berjaya menangkap perhatian syarikat gergasi Apple di mana salah satu gambar tangkapannya yang dimuat naik di instagram, dipaparkan semula di akaun instagram @Apple. Akaun tersebut memiliki lebih dari 20 juta pengikut.

Berada di tempat yang tepat, pada masa yang tepat, menjadi tajuk gambar tersebut di instagram Apple. Ia bertepatan dengan tuah yang diterima oleh pegawai polis tersebut. Jika anda masih belum tahu, nama pegawai polis tersebut ialah Azmeer Iskandar dan gambar tersebut diambil dari akaun instagram beliau di @azmeeriskndr.



ALHAMDULILLAH! A piece of Terengganu Featured on @Apple ‘s page! 😍😭

THE SHOT. THE SHOOTER. pic.twitter.com/4camA1UfdP

— i'mISKNDR (@aazmeeriskndr) January 16, 2020

Azmeer yang berusia 28 tahun itu, telah bertugas di Terengganu sejak 8 tahun lalu. Beliau mengambil gambar tersebut di Rusila, Marang di Terenggau pada bulan Ogos 2019. Gambar menaiki pokok kelapa itu diambil ketika beliau berjalan-jalan di tepi pantas Rusila bersama rakannya.

Beliau ternyata sangat gembira apabila gambar yang diambilnya menggunakan telefon iPhone XR terpilih untuk dipaparkan di akaun instagram Apple. Sehingga kini, gambar tersebut telah memiliki lebih 440 ribu Likes.



View this post on Instagram

“Right place. Right time.” #travel #ShotoniPhone by Aazmeer I. @aazmeeriskndr

A post shared by apple (@apple) on Jan 15, 2020 at 8:19am PST

Beliau percaya, ini adalah gambar dari Terengganu yang pertama terpilih untuk muncul di akaun instagram Apple. Ia juga masa yang tepat kerana tahun 2020 merupakan Tahun Melawat Malaysia. Sedikit sebanyak, ia boleh menarik perhatian masyarakat antarabangsa untuk mengenali Malaysia, sekaligus datang melawat negara ini.

Azmeer kini memiliki lebih 40 ribu pengikut di Instagram dan akaun tersebut dipenuhi dengan pelbagai tangkapan gambar yang menarik berkaitan pengalaman beliau dalam perjalanan serta kehidupan seharian. Beliau menganggap fotografi mobile sebagai suatu hobi.

Sumber: The Star

Tags: appleiPhone XR
Najib

Najib

POPULAR

Proton e.MAS 5: EV paling mampu milik Malaysia dilancar, dari RM56,800

Proton e.MAS 5: Kos servis 10 tahun tak sampai RM2,500, ini butirannya

1 November 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025
5 Terbaik: Telefon bawah RM1,500 ada bateri besar, prestasi tinggi & tahan lasak

5 Terbaik: Telefon bawah RM1,500 ada bateri besar, prestasi tinggi & tahan lasak

24 October 2025
Pegawai Polis ini berjaya “menangkap” perhatian Apple

Pegawai Polis ini berjaya “menangkap” perhatian Apple

17 January 2020
Siri Oppo Find X9 tiba di Malaysia dengan kamera Hasselblad 200MP & cip Dimensity 9500

Siri Oppo Find X9 tiba di Malaysia dengan kamera Hasselblad 200MP & cip Dimensity 9500

29 October 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER