• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme teruskan pelancaran X50 Pro 5G pada 24 Februari di lokasi berbeza

  • OLEH Najib
  • 11:03 am
  • 14/02/2020
  • Komen
Realme teruskan pelancaran X50 Pro 5G pada 24 Februari di lokasi berbeza
Share on FacebookShare on Twitter

Pembatalan pameran peranti mudah alih dan rangkaian terbesar dunia, MWC 2020 memberi kesan yang besar kepada banyak syarikat yang menyertainya. Salah satu darinya adalah Realme yang mahu melancarkan telefon flagship terbaru mereka, X50 Pro 5G di sana.

Walaupun MWC 2020 dibatalkan, Realme tidak berhasrat untuk menghentikan majlis pelancaran X50 Pro 5G. Ia akan diteruskan pada tarikh yang sama, 24 Februari 2020 tetapi lokasinya ditukar dari Barcelona, ke Madrid. Masih di dalam negara Sepanyol.



Satu lagi yang berbeza, majlis pelancaran ini akan dibuat secara strim dalam talian sahaja, tanpa menjemput ramai orang. Ia akan dilancarkan oleh Naib Presiden Realme merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Realme India, Madhav Sheth. Selain pelancaran X50 Pro 5G, Madhav akan turut membentangkan perancangan Realme berkenaan AIoT.

Realme X50 Pro 5G adalah versi yang lebih hebat dari X50 yang telah dilancarkan bulan lepas. Berbanding menggunakan cip Snapdragon 765G di X50, cip yang lebih berkuasa Snapdragon 865 akan digunakan di X50 Pro 5G. Ia akan turut menggunakan RAM baru LPDDR5 serta storan pantas UFS3.0, dengan sokongan WiFi6 dan rangkaian 5G dwi-mod.



Not 50W, but 65W. Introducing DART Charge Technology!
– No heating while charging
– Enjoy Gaming while Charging
– Enhanced Battery Life
See you in Madrid on 24th Feb. https://t.co/V9fCCoVGTX

— Madhav Sheth (@MadhavSheth1) February 13, 2020

Satu maklumat baru tentang X50 Pro 5G yang dikongsikan oleh Madhav, adalah penggunaan pengecasan pantas baru dipanggil DART Charge. Ia memiliki kuasa pengecasan 65W dan dikatakan tidak panas dan boleh main game semasa mengecas serta memanjangkan hayat bateri.

Sumber: GSMarena, Realme

Tags: MWC 2020RealmeRealme X50 Pro
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Realme teruskan pelancaran X50 Pro 5G pada 24 Februari di lokasi berbeza

Realme teruskan pelancaran X50 Pro 5G pada 24 Februari di lokasi berbeza

14 February 2020
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER