Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Realme Siap Sedia Lancarkan Flagship Terbaru Di MWC 2020

Di akaun Twitter Realme Europe, mereka telah mengutuskan teaser yang mencadangkan sesuatu akan diumumkan di MWC 2020. Dalam utusan tersebut, Realme ada berkongsikan titik koordinat tempat pelancaran akan diadakan.dan ia adalah lokasi tempat berlangsungnya MWC 2020.

Daripada cakap-cakap para analisis, Realme berkemungkinan besar akan memperkenalkan Realme X50 Pro. Tidaklah dapat dipastikan spesifikasi teknikal yang akan terkandung padanya. Yang pasti ia tentunya sekurang-kurangnya sama hebat seperti Realme X50 5G yang telah dilancarkan tak lama dulu.

Reka bentuk Realme X50 5G

Antara spesifikasi yang pada Realme X50 adalah seperti:

  • Snapdragon 765G
  • RAM sehingga 12GB
  • Storan sehingga 128GB

Konfigurasi kamera adalah sama seperti Realme XT iaitu kamera 64MP, 12MP, 8MP, dan dua kamera 2MP manakala kamera selfie sekuasa 16MP.

BACA  Oppo A73 akan hadir dengan kemasan seakan kulit di belakang