• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei P40 Pro akan menggunakan sensor kamera Sony 52MP

  • OLEH Najib
  • 7:43 pm
  • 18/02/2020
  • Komen
Huawei P40 Pro akan diperkenal dalam versi standard dan premium
Share on FacebookShare on Twitter

Apabila menyebut tentang kamera terhebat di Android, nama Huawei lebih menjadi pilihan berbanding Samsung. Tetapi dalam telefon pintar flagship mereka yang akan datang, Huawei mungkin sedikit ketinggalan berbanding Samsung. Sekurang-kurangnya dalam jumlah resolusi.

Dalam satu laporan terbaru, Huawei dikatakan akan menggunakan sensor Sony yang baru, IMX700 di P40 Pro yang akan datang. Tetapi sensor ini hanya memiliki resolusi setinggi 52MP, tidak sampai separuh dari resolusi kamera di Galaxy S20 Ultra dan Mi Note 10 iaitu 108MP.



Gambaran kamera belakang Huawei P40 Pro

Apa yang lebih canggih di sensor Sony IMX700 52MP berbanding Samsung HM1 108MP ialah teknologi penggabungan pikselnya. Sementara Mi Note 10 dilengkapi teknologi Tetracell yang menggabungkan empat piksel berhampiran menjadi satu piksel besar, kamera Galaxy S20 Ultra memiliki teknologi Nonacell yang menggabungkan sembilan piksel menjadi satu piksel besar. Ini menjadikan saiz piksel Tetracell kepada 1.6-mikron manakala Nonacell kepada 2.4-mikron.

Tetapi di Sony IMX700, ia berupaya menggabungkan 16 piksel berhampiran untuk menjadi satu piksel besar. Gabungan ini menjadikan saiz piksel kepada 4.48-mikron. Selain itu, IMX700 dikatakan akan menggunakan saiz sensor besar 1/1.33″, sama dengan saiz sensor yang digunakan oleh Samsung HM1.



Dengan mencantumkan piksel, ia menjadikan resolusinya menurun. Untuk Samsung HM1, Nonacell akan menjadikan gambar 108MP kepada 12MP. Jika kiraan yang sama digunakan pada Sony IMX700, bermakna resolusinya akan menjadi 3.25MP sahaja (52MP / 16). Secara teori, penggabungan piksel boleh menghasilkan gambar yang lebih cerah di dalam suasana malap.

Selain kamera utama 52MP, P40 Pro dijangka akan turut dilengkapi kamera ultra lebar 40MP, kamera teleskkop dengan keupayaan 10x zum optikal dan kamera ToF untuk mengesan tahap kedalaman.

Buat masa ini, Huawei masih belum mengesahkan tarikh pelancaran P40 Pro. Bolehkah Huawei mengekalkan takhta kamera terbaik di telefon pintar tahun ini atau terpaksa menyerahkannya kepada Samsung?

Sumber: Gizchina, Mydrivers

Tags: Huaweihuawei p40huawei p40 pro
Najib

Najib

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Huawei P40 Pro akan diperkenal dalam versi standard dan premium

Huawei P40 Pro akan menggunakan sensor kamera Sony 52MP

18 February 2020
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN